Terengganu, Malaysia

Ideologi Musuh Cuba Meranapkan Islam

Ideologi Musuh Cuba Meranapkan Islam

Oleh : Adli Mohamad
Foto : Syaiful Mustafa

KUALA TERENGGANU – Segala ideologi dan kefahaman seperti sekularisme, nasionalisme, sosialisme, pluraslisme dan pelbagai lagi yang dicipta musuh merupakan usaha bagi meranapkan perjuangan Islam.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Asri Mat Daud berkata kefahaman berkenaan jauh bercanggah dengan ajaran Islam.

“(Seperti) kebebasan beragama Islam , kalau nak satukan (menyamakan) semua agama (maka)bercanggah dengan prinsip agama yang diredhai Allah adalah Islam.

“Pengaruh inilah yang datang untuk meranapkan perjuangan Islam, maka kita perlu membentuk balik penyatuan ini diatas dasar Islam,” terang beliau.

Beliau berucap demikian ketika membentangkan kertas kerja ‘Islam Memimpin Perpaduan Melalui Taawun Siyasi’, di Liqa Fikri PAS Negeri Terengganu, di sini pada Sabtu 28 September.

Seluruh umat menurutnya, mesti disatukan dengan Islam dan jangan dibiarkan berada didalam keadaan huyung hayang dan terumbang ambing.

“Kalau mereka lemah, tarik mereka ke dalam kapal kita, (sekiranya) mereka tersilap, panggil mereka.

“Mereka salah kita (beri) nasihat, walau siapapun mereka, (dari) parti politik mana (sekalipun) mereka,” ujarnya.

Ideologi Musuh Cuba Meranapkan IslamIni kerana, katanya, masyarakat yang telah diresapi doktrin dan ideologi musuh, perlu diperbaiki, terutamanya memulih tanggapan terhadap hal ehwal politik yang diseleweng oleh musuh.

Sedangkan kata beliau, demokrasi itu datangya dari ajaran Islam, barat hanya meniru begitu juga dengan pilihanraya datangnya dari agama suci itu yang diyakini dapat mewujudkan perpaduan kepada seluruh umat manusia.

Tegasnya, orientalis barat walaupun mempunyai perancangan hendak melenyapkan Islam dengan idelogi ciptaan mereka, didalam masa yang sama memuji pentadbiran Rasululullah SAW melalui Negara Madinah.

“(Maka) Kita kena tengok kembali sejarah Rasululllah mentadbir Madinah, agenda penyatuaanya melalui piagam Madinah.

“Melalui agenda dengan (berhadapan) musuh-musuh maka kit kena terapkan kembali didalam parti kita.

“Kita yang menerajui taawun ini berdasarkan (prinsip) bertolongan didalam perkara takwa… Untuk tolong menolong diatas perkara kebaikan dan mencegah kepada (perkara) yang mungkar,” tegasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan