Ibu Tunggal Dan Penarik Beca Diberi Perhatian

101

KUALA TERENGGANU – Nasib mereka yang dianggap terpinggir, termasuk golongan ibu tunggal dan penarik beca sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan PAS negeri Terengganu.

Naib yang Dipertua PAS Setiu, Azmi Maarof berkata, pihaknya melalui Pusat Khidmat DUN Langkap menerima laporan tentang seorang ibu tunggal yang menghadap kesukaran.

“Puan Rusmini Binti Ya’acob, 40, tinggal bersama tiga orang anak dan beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ‘fibroid’ pada November tahun lepas.

“Hasil usaha Ketua PAS Cawangan Sungai Lerek, Mohamed Zakaria, Rusmini sudah menjadi penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” jelasnya.

Rusmini Binti Ya’acob

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN terbabit berkata demikian selepas melawat keluarga Rusmini, semalam Isnin 1 Februari.

Menurut Azmi, beliau yang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan kini tidak lagi mampu bekerja.

“Alhamdulillah, kerajaan PAS akan memberikan bantuan di bawah peruntukan Bantuan Kanak-kanak (BKK) bagi anak-anaknya yang bersekolah semula tahun lepas,

“Ruangan dapur dan bilik air rumahnya juga telah dibaik pulih pada tahun lepas, mudah-mudahan dapat membantunya, lebih-lebih lagi ketika keadaan beliau yang kurang sihat pada ketika ini,” tambah Azmi.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, akan berususaha agar seorang penarik beca, Mohd Nasir Yusof, mendapat sebuah rumah tempat berteduh.

“InsyaAllah Pakcik, tahun ini saya ikhtiarkan untuk pakcik dapat rumah, doa deh,

“semoga impian pakcik nasir bakal menjadi kenyataan, amin,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu berkata demikian ketika melawat menyampaikan sumbangan keperluan dapur dan sedikit wang belanja.

Sebagai seorang yang menggatih beca sebagai pekerjaan utamanya, kata Ustaz Wan, PKP 2.0 ini sememangnya memberi kesan kepada beliau.