Hulurkan Rasa Prihatin Kepada Bumi Hikmah, Yaman

942

Saban hari kami melangkah ke hadapan untuk menyebar luaskan dan memperkatakan serta memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku di bumi jolokan iman, Yaman

Dan saban waktu kami terus mengembeleng buah fikiran bagaimana cara dan kaedah untuk menolong memudahkan urusan mereka yang sedang terkepit serta terhimpit oleh percaturan dunia di sana.

Kini hanya ada satu ruang yang kecil sahaja dijadikan sebagai hospital sementara kerana yang sedia ada telah telah rosak teruk akibat peperangan yang berlaku.

IMG_20160203_150051Ruangan yang sempit itu terpaksa menampung bilangan pesakit yang sangat ramai dengan ketiadaan petugas serta alatan yang terhad.

Walau didatangkan kepada kami halangan dan kerenah, kutukan dan cakap-cakap orang, tetap kami teruskan meredah duri yang tertosok, dan bingkas lagi, demi membahagiakan anak-anak Yaman.

Tahun lepas, Yemen Care telah berjaya menyampaikan sumbangan kalian rakyat Malaysia buat masyarakat tetindas yang berada di Yaman, Alhamdulillah.

Bayangkan………….kekalutan perang menyebabkan kecederaan yang berat dengan kekurangan perawat dan alat yang minima untuk meladeni orang-orang sakit, dengan ruang ‘kubikal’ terhad………tak tertahan perasaan dengan kepedihan mereka.
Pada tahun 2016 ini, dengan azam dan misi yang berbeza kami meneruskan hasrat dan impian agar dapat membantu mereka membina sebuah hospital lapangan di wilayah Ma’arib dimana seperti yang sedia maklum Ma’arib merupakan benteng terakhir kepada negara Yaman, jatuh Ma’arib maka tewaslah keseluruhan Yaman.

Dari situlah dengan apa yang telah kami lihat, dengar dan rasa, kami terpanggil sekali lagi untuk berusaha melengkapkan keperluan mereka disana.

IMG_20160203_150226Risalah hasrat dan keluhan hati kami telah kami sampaikan kepada khalayak di sekitar Terengganu dan Kuala Lumpur, dan in shaa Allah akan diteruskan lagi usaha ini ke serata negara ini untuk memberitahu dan menyedarkan masyarakat di Malaysia tentang kecelakaan yang sedang saudara kita di Yaman alami.

Terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang menghulurkan silaturrahim serta bantuan, bersama-sama kami mencari dana untuk membangunkan hospital tersebut.

Kami tersu merayu kepada semua yang proihatin walaupun pada masa yang sama, malapetaka peperangan juga berlaku di tanah Syam, namun bumi hikmah Yaman juga perlukan prihatin tuan dan puan.

Mari bersama kami dlm usaha menghulurkan rasa prihatin dan cakna kita buat mereka. Kecil bagi kita, melangit nilainya buat mereka. Moga sinar gembira mereka kembali menyingsing.

Hulurkan barang sedikit sumbangan kepada Yemen Care melalui akaun YEMENI CARE No.8602269245 (Islamic CIMB Bank).

Solahuddin al-Idrus
Aktivis Yemen Care