DUNGUN – Keadaan hujan lebat yang berterusan sejak jam 11 pagi telah mengakibatkan kawasan di Hulu Dungun mengalami banjir dan tiga Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata antara kawasan yang dinaiki air dan telah menyebabkan lebih 46 buah keluarga berada di PPS.
Ujarnya, walaupun pada sebelah petang banjir beransur turun namun dengan keadaan hujan lebat berterusan menyebabkan penduduk kekal berada di PPS kerana dikhuatiri akan berlaku banjir semula pada sebelah malamnya.
“Kita telah mengarahkan semua penduduk di tempat dilanda banjir supaya kekal berada berada di PPS.
“Tadi dari tinjauan saya mendapati di Rantau Panjang akibat hujan lebat berterusan telah mengakibatkan runtuhan tanah di jalan yang menimbulkan kebimbangan sekiranya jalan terputus akan menyukarkan bekalan makanan untuk dihanntar ke Hulu Dungun,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semalam, semasa melakukan tinjauan banjir dan menyantuni penduduk di Hulu Dungun, semalam.
Dalam pada itu, Ghazali berharap agar keadaan tidak bertambah buruk dan banjir semakin teruk di Hulu Dungun.
“Doakanlah supaya kami di Hulu Dungum ini sentiasa kekal tenang dan dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini,” ujarnya.