Hubungan MN Baik, Mesyuarat Akan Diadakan Dalam Masa Terdekat

136

KUALA TERENGGANU – Hubungan diantara parti dalam Muafakat Nasional (MN), PAS dan Umno berjalan dengan baik dan mesyuarat rasmi akan diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam tempoh pandemik, banyak perbincangan diadakan secara atas talian.

“Hubungan berjalan, untuk makluman saya selalu berbincang dengan pemimpin tertinggi Umno dan baru-baru ini,

“Kita berjumpa di pejabat, di PWTC, sebelum pembentukan kabinet, hubungan itu sentiasa ada,” ujarnya.


Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar Dan Air berkata demikian kepada media semasa lawatan kerja ke Terengganu semalam.

Beliau menegaskan, kerajaan hari ini adalah dominasi gabungan tiga parti; PAS, Umno dan Bersatu.

“kita nak gabungan ini terus kekal menghadapi pilihan raya umum kali ke-15,” kata beliau.