Himpunan Petugas Bencana Pada 21 dan 22 Oktober

340

KUALA TERENGGANU – Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia atau KHIDMAT Malaysia Terengganu akan menganjurkan Himpunan Petugas Bencana bagi mengumpulkan semua tenaga petugas dari seluruh negeri ini.

Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, Himpunan tersebut akan diaakan pada 21 dan 22 Oktober 2022, bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman.

“ia dibuat untuk persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana khususnya banjir yang dijangka akan melanda pada musim Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan Oktober 2022 hingga Mac 2023,”ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, seramai 300 peserta Himpunan akan menerima arahan bagi menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan bencana.

“selain itu Himpunan selama dua hari itu juga bagi melatih dan membekalkan petugas bencana dengan kemahiran asas yang diperlukan di lapangan pengurusan bencana.

“ia juga akan diserta oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan NADMA,” jelasnya.

Menuurutnya, Himpunan selama dua hari itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, selaku Pengerusi KHIDMAT Malaysia Pusat.

Oleh itu, Haji Hanafiah yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri menambah, kerajaan Terengganu telah menggerakkan semua jabatan dan agensi terbabit.

“persiapan telah dibuat termasuk menyediakan hospital sementara di setiap daerah sebagai persiapan sekiranya berlaku banjir besar seperti yang diramal pada hujung tahun ini.” tegas beliau.