Himpunan Aman Bantah Apco

754



Menurut Setiausaha DPPNT, Wan Faizul Abbas, demonstrasi aman itu akan diadakan sebaik selesai Solat Jumaat, 16 April (esok) di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini.


Beliau menyeru semua muslimin dan muslimat agar dapat meluangkan masa bagi bersama-sama meluahkan perasaan tidak ‘redha’ dengan tindakan kerajaan Malaysia yang bersekongkol dengan musuh Islam.

“Ia amat penting, dalam suasana kita menghadapi kegawatan dunia kini, Israel terus mengepung Gaza dan mahu menukar BaitulMaqdis kepada bandar suci mereka dan menggantikan masjid al-Aqsa dengan ‘Solomon Temple,”katanya

Dalam perkembangan sama, Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman seumpamanya di ibu kota.


Ketuanya, sebagaiman dipetik Harakahdaily, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.


“Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara.


“Penglibatan mereka akan mendedahkan maklumat penting negara,” katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.


Selain itu menurutnya, bantahan esok juga bagi menuntut kerajaan menamatkan serta merta khidmat firma perunding terbabit yang dilat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.


“Kita menuntut khidmat firma perunding ini ditamatkan serta merta, bukan tunggu bulan Ogos.


“Kerajaan perlu teliti dan berhati-hati melantik syarikat luar kerana Israel ini saban hari membunuh dan menindas umat Islam di Palestin,” tegasnya.


Selain itu, Dewan Pemuda Perak akan mengadakan himpunan yang sama di hadapan Masjid Negeri, Sultan Idris Shah II di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.