

Katanya, pihak Urusetia Program HIMPIT 10K, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan mengadakan pelbagai program bagi memenuhi agenda ’Orang Muda Geng Kita’, satu daya tarikan baru buat para pemuda.
”Ia termasuk beberapa anugerah dan pertandingan antaranya anugerah kawasan terbaik, pertandingan pidato politik, pertandingan karoeke nasyid, pelbagai pertandingan sukan dan sukan rakyat,”jelasnya.


Katanya, neliau berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan gerak kerja dan berharap semua pihak yang terlibat melipatgandakan usaha untuk menjadi ‘host’ terbaik.
“DPPKK akan memastikan HIMPIT 10K tahun ini berjalan dengan sempurna dan teratur sepertimana diamanahkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT),
”dan InsyaAllah menjadi tuan rumah yang terbaik”, ujar beliau.
Katanya, HIMPIT 10K meletakkan agenda ‘Orang Mude Geng Kite’ sebagi tema yang pasti menjadikan acara tahunan ini penuh tarikan dan nostalgia.
Beliau mengambil kesempatan mengucapkan ’Selamat Datang’ kepada para peserta dan pengunjung HIMPIT 10K ke DUN Cukai dan Kawasan Kemaman.


”Nama dataran itu adalah sempena program Mursyidul Am PAS YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan ke lokasi tersebut sebelum PRU ke 12 lalu, dalam rangka menjana dana pilihanraya anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai,”kata Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat@Ramli
Beliau turut mengalu-alukan kedatangan seluruh rakyat Terengganu, memeriahkan HIMPIT 2009.
”HIMPIT mempunyai sejarah dan nostalgia tersendiri, kebanyakan pemimpin peringkat kawasan-kawasan masakini, pernah menyertai HIMPIT ditahun-tahun lalu,
”sayugialah mereka hadir beramai-ramai bagi memeriahkan HIMPIT pada tahun ini,”katanya.


























