Hati-hati Memandu, LPT2 Lebuh Raya ‘Maut’

2631

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Adik Kakak ambo terutamanya orang Terengganu dan Kelantan yang memulakan perjalanan balik ke Kampung halaman masing-masing, selamat menempuh perjalanan semoga dilindungi Allah dan sampai dengan selamat.

lpt2-accTakziah saya ucapkan kerana perlu isi minyak mahal untuk balik kampung. Ianya angkara 47% pengundi yang masih menganggap sesuatu yang mahal itu berkualiti. Sebab itulah mereka masih tegar mengundi BN. Walaupun mereka minoriti, kita yang majoriti turut sama memikul bebanan. Jangan kerana protes lantaran minyak naik, kita cancel pelan untuk balik kampung. Kasihan kepada ayah dan ibu tua yang sedang menunggu di desa dengan penuh pengharapan. Persetankan saranan dari orang yang tak pernah mengenal susah dan hidup dalam limpahan wang supaya jangan balik kampung sebagai langkah penjimatan. Memang dia tu tak ada kampung. Nak balik macam mana?

Pastikan adik kakak mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Walaupun kita tahu, tekanan dan beban hidup menyebabkan adik kakak perlu bekerja extra masa bagi memenuhi keperluan keluarga tanpa rehat yang mencukupi, tetapi soal keselamatan tak ada kompromi. Pemandu yang memegang stereng, menekan minyak dan brek adalah memikul amanah besar bagi memastikan keselamatan penumpang. Apatah lagi penumpang tersebut adalah anak-anak dan isteri tersayang.

10151138945373583 (2)Para peniaga di pusat-pusat hentian rehat, barang perlu diingati bahawa mereka yang singgah di mana-mana hentian rehat adalah hamba Allah yang sedang bermusafir untuk suatu tujuan yang diharuskan. Doa orang yang bermusafir adalah antara doa yang mustajab. Lantaran itu, mohon tolong jangan mengambil kesempatan ‘menyembelih’ mereka dengan caj dan harga yang berganda. Bimbang ada yang mulut masin mendoakan sesuatu yang tak baik untuk perniagaan anda dan akhirnya dari untung secupak anda rugi segantang. Berniagalah dengan mengharapkan rezeki yang berkat dari Allah sambil berniat untuk memudahkan urusan saudara kita yang sedang dalam perjalanan.

Paling penting dalam perjalanan, walau di mana pun kita, jangan sesekali mengabaikan suruhan Allah. Solat mampu mengembalikan semula kesegaran kepada tubuh badan dan ianya dibuktikan melalui kajian perubatan. Di tempat-tempat hentian, kenapa masing-masing solat secara berselerak? Bukankah solat berjemaah itu satu syariat yang sangat dituntut walau di mana pun kita solat.

perasing9_zps1c6eebeaOrang Terengganu dan Kelantan yang nak menggunakan LPT2, perlu diambil perhatian bahawa jarak LPT2 sejauh 184 km dari Jabor ke Gemuruh, Kuala Terengganu, anda tak akan berjumpa dengan sebuah pun stesen minyak di sepanjang lebuhraya. Jadi pastikan tangki minyak anda diisi dengan bahan bakar yang mencukupi untuk menempuh perjalanan dengan jarak tersebut dan perlu reserve jangkaan berlaku kesesakan. Sekali lagi saya ucapkan takziah kerana anda perlu isi minyak mahal hadiah dari kerajaan BN menjelang hari raya.

Memandu di LPT2 anda perlu extra berhati-hati. Jangan ingat bila ia lebuhraya, maka permukaan jalannya rata dan licin. Jangan! Jangan ingat bila ianya lebuhraya, maka tak ada binatang ternakan melintas. Jangan! Jangan ingat bila ianya bernama lebuhraya maka anda akan mendapati kawasan hentian rehat yang menyediakan kemudahan dan khidmat yang diperlukan dengan mencukupi. Jangan! Hakikatnya LPT2 adalah lebuhraya yang sangat unik kebanggaan rakyat Terengganu dan anda tak akan mendapati lebuhraya lain yang sepertinya serta sewaktu dengannya di mana-mana pun!

TR02_240515_KEMALANGAN-ReaSesetangah orang menggelar LPT2 sebagai ‘lebuhraya maut’! Sehingga kini, sebanyak 1,657 kes kemalangan dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang menghubungkan Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Terengganu yang mula beroperasi sejak Ogos 2011. Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman pada 1 Julai royak, daripada jumlah itu sebanyak 50 kes kemalangan maut direkodkan melibatkan 58 kematian. Dia kabor lagi,  dalam laluan sejauh 184 kilometer itu, daerah Hulu Terengganu mencatat jumlah terbanyak kemalangan iaitu 31 kes diikuti Dungun (12 kes) dan Kemaman (tujuh kes).

Anak-anak yang bekerja di luar dan terdedah kepada dunia maklumat perlu balik untuk membawa sedikit perubahan. Saya kenal dan saya tahu bahawa ramai anak-anak orang kuat parti keris di kampung-kampung, mereka anak-anak yang bekerja di luar kampung tidak bersama pegangan dan ‘aqidah perjuangan’ yang dipegang kukuh oleh orang tua mereka. Keris dulu, kini dan selamanya! Bila balik jumpa orang tua di kampung terutamanya orang tua yang istiqamah pangkah BN sejak zaman kapal layar lagi, disamping bawa duit belanja, buah tangan dan sebagainya, tolonglah pujuk mereka. Padan doh laaa 50 tahun lebih pangkah dacing. Hehe… boleh ugut sikit. “Kalau pangkah dacing lagi, tahun depan minyak, lektrik dan tol naik lagi, mungkin kita tak dapat nak balik raya di kampung lagi!