Hari Keluarga platform ukhuwah

718
http://buletinonline.net/images/stories/berita49/bOBLOKMANTELUKPASU.jpg

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/06/bOBLOKMANTELUKPASU.jpgKUALA NERUS – Lebih 1,000 masyarakat setempat hadir dan mengimarahkan program Hari Keluarga Unit Peti Undi (UPU) Teluk Pasu 2011/12 yang diadakan di Padang Bola Kampung Teluk Pasu dekat sini.

Pengarah programnya, Kamaru Zaman Asli berkata, sambutan Hari Keluarga UPU Teluk Pasu yang diadakan itu adalah program dwi tahunan, bertujuan merapatkan hubungan masyarakat.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari program berlangsung, melibatkan 52 acara bagi lelaki dan 38 acara wanita.

(Gambar – Bob Lokman ceramah di Teluk Pasu sempena hari keluarga)

“Program kali ini melibatkan tiga kampung yang berada di kawasan UPU Teluk Pasu antaranya Kampung Teluk Pasu, Kampung Sekati dan Kampung Kubang Jela.

“Selain aktiviti riadah dan sukan, kita turut menampilkan artis tempatan, Bob Lokman dan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Terengganu, Dr Balachandran melalui slot ceramah yang diadakan pada malam Khamis lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penutup, di sini.

Hadir sama, Penasihat Hari Keluarga UPU Teluk Pasu 2011/12, Mohamad Omar dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin.

Sementara itu, M Shukrimun berkata, sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan dan ini membuktikan sokongan penduduk terhadap Pas semakin bertambah.

Menurutnya, usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai Pas akan terus dijalankan melalui pelbagai pendakatan antaranya aktiviti sukan dan riadah.

“Usaha UPU Teluk Pasu wajar dijadikan contoh sebagai platform merapatkan hubungan masyarakat tanpa mengira kaum dan ideologi politik mereka.

“Malah kita juga merancang membina gelanggang futsal di kawasan ini sebagai usaha membentuk golongan muda aktif dalam bidang sukan, seterusnya menghindari daripada terjerumus dengan gejala sosial,” katanya.

Pada program itu juga pelbagai bentuk bantuan kepada golongan kurang bernasib baik turut disalurkan selain acara sambutan bertuah buat penduduk yang hadir.-SH