Hargai Jasa Media

140

KUALA TERENGGANU – Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama semua pengamal media adalah untuk menghargai jasa mereka dalam melaksanakan tugasan membuat liputan isu semasa berkaitan kerajaan negeri.

ADUN PAS Chukai, Haji Hanafiah Mamat berkata, dalam masa yang sama, program pada Isnin 26 Oktober, juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain.

Beliau berharap, mereka dapat memainkan peranan menjadi perantara, komunikasi diantara kerajaan dan rakyat.

“Laporlah perkara yang benar bagi memastikan rakyat dalam negeri dan negara memahami kedudukan sebenar sebuah berita,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Menurutnya, seramai 50 orang petugas media cetak dan elektronik hadir dalam majlis tersebut termasuk kelab dan anggota NGO media, antaranya Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI).

Justeru itu, beliau berharap media menjadi tempat orang mengambil maklumat terkini, benar dan telus tanpa sebarang perjudis samada kerajaan atau pembakang.

“Jadikanlah tulisan kita satu amal jariah yang membawa kita mencapai keredaan Allah,” tambahnya