Hargai Golongan Berusia

789

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN- Golongan muda dinasihatkan tidak meminggirkan golongan yang lebih berusia di dalam setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan di komuniti masing-masing dan hargai pengalaman yang mereka miliki.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Dungun, Alias Harun berkata hasil garapan idea dan pengalaman orang lama dan orang muda akan berjaya menjadikan kampung tersebut membangun dan masyarakatnya hidup di dalam kesejahteraan.

“Jangan ada anak-anak muda di sini, melupakan mereka, libatkan sama mereka, di dalam mengambil pandangan dan minta tunjuk ajar, memang dari segi tenaga, mereka dah tak kuat, tetapi pengalaman mereka amat berharga, ” ujarnya.

Pengarah Majlis Tindakan DUN itu, berucap demikian ketika merasmikan Program YB Cikgu Alias Harun Bersama Rakyat Di Delong baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti – aktiviti untuk mengeratkan lagi wakil rakyat yang sudah dua penggal dipilih oleh rakyat itu antaranya Solat Subuh Berjemaah, 10 ribu langkah, ziarah lima orang penduduk yang keuzuran, jamuan rakyat dan banyak lagi.

Sempena program tersebut juga seramai lebih kurang 30 orang terpilih untuk menerima sumbangan Sekampit Beras Seekor Ayam.

Seterusnya Alias turut berharap agar penduduk kampung jangan berasa selesa bila Islam dipersenda-sendakan.

“Sekarang hari ini kita telah mengadakan tautan silaturahim di kalangan orang Melayu beragama Islam dan ianya amat penting kerana di peringkat Parlimen kita masih kekurangan orang Melayu beragama Islam untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia ini yang sedang dikuasai oleh mereka yang benci dengan Islam.

” Jadi kita di DUN – DUN mestilah sentiasa sentiasa pertautkan jalinan ukhuwah ini untuk menjayakan usaha pemimpin – pemimpin kita membentuk Muafakat Nasional,

” Alhamdulillah Muafakat Nasional ini telah berputik dan kita berharap ianya akan membuahkan hasilnya,” jelasnya.