Hanya Negeri Terengganu Ada Bahagian Pelaksanaan Syariah

699

KUALA TERENGGANU – Hanya Terengganu ada bahagian pelaksanaan syariah apabila pentadbiran negeri dibawah PAS menubuhkan Jawatankuasa (Exco) dengan nama tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia tiada dalam mana-mana negeri dan kerajaan sebelum ini, walaupun selalu disebut perkataan itu.

“perjuangan kita adalah untuk menegakkan syariah Islam, satu-satunya negeri yang ada bahagian pelaksanaan syariah ialah Terengganu, sebelum ini hanya disebut-sebut sahaja tapi tak ada,

“sebab itu kita wujudkan Exco Pelaksanaan Syariah supaya ada ‘kepala’ bajet kewangan pelaksanaan syariah, jadi kita buat kursus ke, melibatkan mahkamah ke, pendakwaan, penguatkuasaan dan sebagainya, semuanya melibatkan peruntukan khusus,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri berkata demikian ketika berucap pada Kongres Penedangan Isu PAS Terengganu di Markaz Tarbiah, di sini semalam.

Oleh itu kata beliau, Kerajaan kini sedang memberi tumpuan kepada pembinaan dan pembangunan mahkamah syariah di seluruh negeri yang tidak dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN sebelum ini.

“sebelum ini banyak guna pakai pejabat ugama sahaja dan yang menjadi kepentingan kita ialah mahkamah tinggi yang ada satu sahaja di Kuala Terengganu,

“dua lagi di Besut dan Kemaman, tidak ada bangunan tetapi jawatan hakim ada dan fokus kita juga untuk segera membangunkan di daerah Setiu,” ujarnya.