Penduduk yang tinggal di persisiran pantai dari Tok Jembal hingga Batu Rakit sedang dan akan melalui ancaman yang menakutkan akibat hakisan pantai yang kian merebak setiap kali musim tengkujuh.
Masalah ini bermula semenjak tambakan laut bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Lebih malang lagi, usaha membina pemecah ombak baru-baru ini di kawasan Mengabang Telipot telah menjadikan situasi hakisan pada kampung berhampiran semakin kritikal.
Harga yang cukup mahal ini terpaksa ditanggung oleh rakyat bukan sahaja yang berada di kawasan Tok Jembal, malahan ia terus merebak sehingga ke Mengabang Telipot.
Bencana ini bukan sahaja memberi kesan besar kepada nelayan di persekitaran tetapi turut membabitkan keselamatan rumah penduduk. Jarak ombak yang makin menghampiri rumah penduduk amat membimbangkan. Beberapa pengkalan nelayan terpaksa melalui beberapa pemindahan tapak bagi mengelakkan ia dihanyutkan ombak.
Pihak kerajaan perlu lebih serius dalam memberi tumpuan kepada usaha tebatan hakisan. Kajian terpeinci perlu dilakukan supaya usaha ini mampu memberi penyelesaian jangka panjang dan bukannya membawa kerosakan yang lebih buruk.
Usaha yg dilaksanakan sekarang ini hatuslah dipantau kerana yang berada didalam bahaya adalah rumah-rumah penduduk yang saban hari makin hampir dengan hakisan.
Isu pembangunan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil kira ekosistem yang terpaksa dihormati bagi memberikan hak alam sekitar. Bukannya rakus membawa pembangunan sehingga keaslian pantai Terengganu terhapus dengan sendirinya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Y.B Hishamuddin bin Abdul Karim
Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh
4 November 2015
KUALA TERENGGANU, 16 April – Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu yang berlangsung di Dataran Shahbandar hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat...
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memperkukuh gerak kerja jentera pilihan raya dengan menyasarkan untuk mempertahankan kemenangan 40-0 dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengarah Pilihan...
Tiada kuasa di dunia yang boleh menjatuhkan negara Iran, mengkritik piawaian berganda dalam sistem antarabangsa dan mengutuk tindakan ketenteraan terhadap negara berdaulat.
Presiden Masoud Pezeshkian...
KUALA TERENGGANU – Seluruh jentera pilihan raya PAS digesa meningkat dan memperkukuh gerak kerja bagi memperhebat persiapan ke arah mengambil alih kepimpinan negara.
Ahli Jawatankuasa...
BESUT – Kenaikan harga diesel dalam tempoh singkat disifatkan sebagai antara isu penting yang memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah...