KUALA NERUS – Kesan daripada tambakan laut bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah menyebabkan hakisan merebak sehingga ke pantai Pantai Tanjung Gelam.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tepoh, YB. Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata walaupun usaha telah diambil mengatasi masalah tersebut, namun ia masih belum meninggalkan kesan yang ketara.
Beliau hairan, mengapa pihak kontraktor yang dilantik kerajaan tidak melaksanakan kerja-kerja pemlihan pantai itu diluar musim tengkujuh.
“Suka saya memberikan sedikit pandangan, mengapa tidak memulakan kerja dalam waktu teduh, “


“dalam bahasa nelayan, teduh adalah bukan musim tengkujuh, pada waktu tersebut kita gerakkan gerak kerja yang bersungguh-sungguh bagi memastikan hakisan ini dapat diatasi dengan baik, “ kata beliau.
Beliau juga menegur pemaju dan kontraktor yang hanya menggunakan ketulan batu yang kecil untuk diletakkan di dalam kawasan tersebut tidak seperti di tempat-tempat yang lain.
Anak jati Kampung Mengabang Telipot itu berkata, setiap hari beliau membuat pemerhatian dan pengawasan terhadap kerja-kerja yang dilakukan.


“Saya perlu tegaskan sekali lagi, kita rakyat yang berada di pesisir pantai ini, menerima ianya fenomena alam, “ katanya ketika ditemui di pantai itu pada Isnin 11 Disember.
Kata beliau, walaupun telah lama hakisan dialami oleh penduduk di kawasan itu tetapi tidak ‘seganas’ yang berlaku sejak tiga, empat tahun mutakhir ini.
Mengimbas kronologi kejadian hakisan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata, ia mula berlaku di pantai Tok Jembal dan kemudian merebak ke pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


“pada waktu (permulaan) tersebut pantai Kampung Kolam tidak terjejas sangat (tapi sekarang) kita bercakap sekitar dua atau tiga tahun, jarak pantai yang kehilangan begitu jauh pantai kita ini,” luah beliau dengan nada kesal.
Justeru itu, beliau melahirkan rasa kesyukuran dengan khabar gembira daripada Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang memaklumkan, bajet sebanyak RM90 juta telah diluluskan.
Namun beliau berharap, ianya bukan hanya janji manis semata-mata, malahan peruntukan itu hendaklah digerakkan dengan kerja yang bersungguh-sungguh.


“untuk melihat penduduk yang berada di sekitar ini lebih tenang dan pengunjung-pengunjung tetap pantai ini akan merasai ketenangan,
“menikmati pantai yang indah dan merasa gerun dengan ancaman-ancaman yang berlaku,“ jelas penuh harapan.





























