Hakim Kanada Meminta Maaf Atas Keputusan Berkait Wanita Berhijab

1208
Rania El-Alloul.

Seorang muslimah yang bertudung telah dibandingkan dengan seseorang wanita biasa memakai topi dan cermin mata hitam di mahkamah, akhirnya mendapat permintaan maaf pada hari Selasa dari seorang hakim Quebec.

Namun permintaan maaf itu hanya dibuat setelah berlalu tempoh lima tahun oleh Hakim Eliana Marengo menolak untuk mendengar kes Rania El-Alloul tahun 2015 yang ingin mendapatkan keretanya disita supaya dikembalikan, kecuali dia menanggalkan ‘jilbab’nya.

Permintaan maaf itu diperintahkan oleh Majlis Quebec Magistrature, badan bertanggungjawab untuk mendisiplinkan hakim, yang mengaku salah kerana meminta El-Alloul menanggalkan tudungnya dan membandingkannya dengan barang lain.

“Rujukan saya terhadap topi dan kacamata hitam hanya dimaksudkan untuk memberi contoh bagaimana aturan tata rias umumnya diterapkan di ruang sidang dan tentunya tidak dimaksudkan untuk tidak menghormati anda atau kepercayaan anda,” kata hakim dalam sebuah pernyataan yang dibacakan pada sidang.

Eliana Marengo juga mengaku salah kerana tidak mendengar kes itu.

Puluhan aduan diajukan berikutan Marengo menolak untuk mendengarnya dan ditangguhkan, tetapi akhirnya El-Alloul mendapat semula kenderaannya

El-Alloul berbesar hati menerima permohonan maaf Elianadan berkata, memberi maaf adalah ajaran agama Islam.

“Saya menerima permintaan maafnya,” kata El-Alloul sebagai tindak balas permintaan maaf itu. “Inilah ajaran iman saya.”