Haiwan Zoo Bukit Takal Menghidap ‘Sakit Mental’

2681

Ia adalah hasil kajian SAM sejak enam bulan lalu yang mendapati pihak pengurusan zoo termasuk zoo mini dan taman burung tidak sensitif dengan keperluan biologi hidupan liar tersebut.

Pihak SAM ketika dihubungi semalam, Khamis 28 Jun berkata, antara premis yang terlibat dalam kajian tersebut adalah Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, di Kampun Ibok dekat sini.

SAM turut mengesahkan haiwan peliharaan di zoo terbabit juga menghidap ‘zoochais’ iaitu penyakit mental akibat tekanan dalam kurungan .

Sehubungan itu, PAS melahirkan rasa dukacita dengan penganiyaan haiwan yang berlaku dalam zoo  yang diasaskan oleh Menteri Besar Terengganu itu.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, pembukaan zoo tersebut bukan sahaja membelakangkan kebajikan rakyat Terengganu tetapi turut menganiyai binatang liar.

“Kenyataan Pengerusi SAM semalam jelas membuktikan, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bukan sahaja mengkesampingkan kebajikan rakyat , malah menganiyai binatang,

[Keterengan gambar – Tinjauan mendapati kedua-dua ekor gajah di zoo Bukit Takal dirantai kakinya, burung unta yang luruh bulunya, beruang yang ‘stress’ mundar mandir. Manakala makanan yang disajikan kepada rusa termasuk kobis dan taugeh]

“ratusan juta wang rakyat dibelanjakan membangun zoo dan membeli binatang, sedangkan masih ramai rakyat Terengganu yang masih miskin,”ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman dan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai mendesak supaya pembesaran zoo tersebut dihentikan.

Katanya, semakin besar zoo tersebut, semakin banyak wang rakyat yang digunakan dan semakin banyak haiwan yang akan teraniaya.

“Mula-mula belanja RM9 juta, sekarang apabila dibesarkan perbelanjaan menjadi RM100 juta, itu belum termasuk kos-kos yang tersembunyi,

“saya dimaklumkan perbelanjaan zoo tersebut mencecah RM40,000 sebulan, kos akan bertambah sekiranya haiwan-haiwan seperti badak sumbu, zirafah dan lain-lain dibawa masuk,”jelasnya.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berkata, kos tersebut tidak termasuk pembayaran gaji para pekerja MPK yang juga bertugas di zoo terbabit.

Haji Hanafiah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden SAM, SM Mohamed Idris yang mendedahkan hasil kajian badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Sebelum ini SAM telah menentang penubuhan zoo Bukit Takal yang disifatkan sebagai ‘satu kerja gila’.

SAM awal-awal lagi menolak dakwaan Ahmad Said pembangunan zoo terbabit adalah sebagai satu pelaburan kerajaan negeri.

Ahmad dalam Sidang DUN Terengganu berkata tujuan membina zoo tersebut adalah menjadi sumber hasil negeri apabila hasil minyak berkurangan suatu hari kelak.

Menurut SAM, objektif utama dalam kebanyakan penubuhan zoo adalah untuk meningkatkan pelancongan, sedangkan bertentangan dengan kepercayaan itu, zoo sebenarnya tidak menarik pelancong langsung.

“(di) kebanyakan zoo, lebih daripada 80% pengunjungnya (terdiri daripada) mereka yang berada dalam lingkungan masyarakat persekitaran, manakala lebih daripada separuh (daripadanya) adalah orang-orang yang (sama) membuat lawatan ulangan,”ujar SM Mohamed Idris yang disiarkan dalam sebuah portal berita atas talian, pada 29 Julai tahun 2009.

Berita Terkait :

Gelongsor Air RM2.69 juta terbiar
Ahmad Said Belanja RM1 juta beli badak sumbu
Pelbagai Beruk dan Monyet belanja wang rakyat
Ahmad Said tidak sedar DUN lulus bajet zoo
Sidang DUN; Bajet 2012 dijangka RM2 bilion