Hadapi PRU15 Dengan Munajat

84

KUALA NERUS – Bahang PRU15 semakin terasa selepas perisytiharan calon dari Perikatan Nasional Terengganu yang di adakan pada malam Khamis lalu.

Bagi PAS, parti siasah dan dakwah, solat hajat dan munajat ada ikhtiar disamping menggerakkan seluruh jenteranya.

Justeru itu, ibadah memohon pertolongan daripada Allah itu telah diadakan di Masjid At-Taqwa Batu 6 dekat sini l, dihadiri oleh calon Perikatan Nasional Terengganu, Parlimen Kuala Nerus Dr Alias Razak.

“Saya ucapkan terima Kasih kepada masyarakat Kuala Nerus yang sudi memberi sokongan dan tidak putus mendoakan kebaikan kepada saya yang telah dicalonkan sebagai wakil rakyat bagi Parlimen Kuala Nerus”

“Semoga Allah swt memakbulkan doa dan munajat kita semua serta menjadikan setiap urusan dipermudahkan insyaAllah” kata beliau ditemui.

Beliau dilihat sebak ketika berucap kerana mengenangkan amanah yang begitu berat dan akan dipersoal kelak di akhirat nanti, sebagai pemimpin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri menjadi tumpuan apabila dijangka ‘berlawan’ bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus , Dr Khairuddin Aman Razali yang bertanding dibawah tiket Barisan Nasional.