Golongan Muda Jangan Takut Dengan Ugutan BN

2442

DUNGUN – Golongan muda diingatkan agar tidak takut dengan ‘ugutan’ Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengundi mereka jika mahu duit BRIM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, pemberian BRIM ini pilih-pilih bulu juga. Sebab itulah sesetengah orang muda takut dengan ugutan Umno BN.

“Rakyat mesti buka mata walaupun dapat BRIM, itu duit rakyat. Sepatutnya kerajaan Umno BN tidak tabur begitu. Dia sepatutnya buat suatu projek yang mana semua masyarakat boleh kecapi,

“Kita kena sedar, kita adalah orang melayu beragama Islam. Siapa lagi yang nak bela orang melayu. Pemerintah Umno BN memang dia kata nak bela melayu tetapi setakat mana dia bela? Memusnahkan adalah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Street Dakwah anjuran Ameerah Dungun di Taman Poket, Kg Molek, Jumaat, 22 September, disini.

Oleh itu kata beliau, kita jangan sesekali takut kepada manusia. Kita mesti yakin rezeki datang daripada Allah. Kot mana pun kalu bukan rezeki kita tak dapat kepada kita. Tetapi kalau hak kita melintang patah rebah bangun sekali pun tetap jadi hak kita. Jadi tak usah takut dengan segala ugutan yang mendatang daripada pemerintah Umno BN hari ini.

“Kita orang melayu asal Dungun, begitu kecewa dengan sikap pemerintah Umno BN yang ada sekarang ini di mana sesetengah kawasan, orang tempatan tak boleh teroka tanah disini,

“ Apa ni? Kita mempunyai kuasa tetapi kita tidak cakna kepada anak-anak muda kita. Dimana anak muda kita nak tinggal? Setengah itu daripada ayah duduk rumah tokki, lepas itu cucu pula duduk rumah tokki. Mungkin cicit pulak rumah tokki sebab tiada tempat tinggal,” luahnya kesal.

Menurutnya, di Dungun sahaja begitu banyak tanah kosong namun baru-baru ini Menteri Besar (Dato’ Seri Ahmad Razif) umum hendak dibuka (bagi) tanah ‘sekangkang kera’ sahaja. Hanya 5900 lot tanah untuk seluruh negeri Terengganu.

“Tanah kosong banyak tapi siapa yang dapat? Yang kita persoalkan lagi, yang boleh ini (tanah) pemerintah (Umno BN) pilih dulu. Tengok siapa dia. Sebab itu berlaku roboh rumah baru-baru ini kerana dia melihat rumah itu rumah bukan penyokong Umno,” jelas beliau.