Oleh : Sumaiyah
Ameerah negeri Terengganu menyeru kepada semua anak-anak muda agar mendaftar segera sebagai pengundi kerana mereka adalah generasi yang menentukan masa hadapan negara.
Ketua Unit Media dan Penerangannya Puan Daing Siti Norbaity Abd Latif berkata, semua anak muda khususnya di kalangan wanita, mestilah mempunyai kesedaran tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara dan negeri ini.
“Antara objektif kita adalah bagi menonjolkan Ameerah Terengganu sebagai platform dalam PAS khusus kepada wanita muda,
“menyampaikan penerangan isu-isu terbaru melalui saluran yang tepat, mendekati golongan muda dan memberi kesedaran pentingnya daftar pemilih,”ujarnya.


Kata beliau, ‘Street Dakwah’ membuka peluang kepada wakil rakyat PAS untuk bersama masyarakat bagi menjelaskan isu-isu secara langsung kepada masyarakat.
Antara mereka yang bersama program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cikgu Alias Harun
Sesuai dengan objektif sebagai simbolik bermulanya kempen menuju pilihan raya ke-14, beliau meghuraikan tentang Lima Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu.


Antara perkara yang dielaskan ialah isu tentang panggung wayang yang diputar belitkan.
“Bukan menutup pawagam tetapi memperkemaskan operasi pawagam………antaranya, memastikan waktu tayangan tidak mengganggu waktu solat,
“mengasingkan tempat antara penonton bukan mahram dan menghadkan waktu tayangan agar tidak terlalu lewat,”jelas Cikgu Wan Hapandi.


PAS akan melaksanakan usaha bagi mempastikan Islam itu tertegak di muka bumi Malaysia.
“Oleh kerana itu tugasan yang kita perjuangkan ini insya Allah kita akan bawa minggu depan dalam sidang parlimen,” katanya.
Justeru itu, Ameerah meletakkan keutamaan bertemu dengan golongan muda kerana mereka adalah merupakan aset penting bagi negara.


“Tugas Ameerah mengembalikan para remaja ke arah jalan yang betul. Ini kerana golongan muda adalah golongan paling ramai dan menjadi penentu kepada PRU-14 nanti.
“Golongan muda mempunyai minda yang cepat berubah, mereka lah yang banyak merasai kesusahan seperti tekanan cukai GST, harga petrol meningkat, ketiadaan rumah sendiri sehingga perlu menyewa dan seumpamanya,” kata beliau.
Justeru itu, selaku Pengarah Program, Daing Siti Norbaity berkata, program Street Dakwah yang diadakan dalam bentuk gelombang dan serentak di semua kawasan parlimen menjadi ‘platform’ terbaik kepada anak-anak muda khususnya golongan wanita menjadi para pengundi yang bermaklumat untuk menghadapi PRU-14.





























