Golongan Berpendapatan Rendah Minta Kerajaan Kaji Semula Harga Gula

742

disambut dengan perasaan terkejut pengguna dan peniaga yang rata-ratanya menganggap langkah itu akan menimbulkan banyak kesan negatif.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/gulae.jpgKebanyakan pengguna dan peniaga di negeri ini yang ditemui Bernama menganggap kadar kenaikan 20 sen itu adalah terlalu tinggi terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

Bagi Zahari Awang, 39, seorang nelayan di Pantai Kemasik, di sini, kenaikan harga gula akan menambah lagi beban sedia ada dalam menyediakan keperluan harian kepada keluarga.

“Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah 20 sen tu tak beri kesan apa-apa, tetapi dengan hanya bekerja sebagai nelayan, pendapatan saya tidak seberapa.

“Sebelum ini kalau kami anak beranak nak makan kuih, isteri saya terpaksa buat sendiri untuk jimatkan kos, kalau beli kuih di kedai, sekarang ni empat keping RM1, memang tak cukup untuk anak-anak yang seramai enam orang. Lepas ni tentu harga kuih pun naik lagi sebab harga gula dah naik,” katanya.

Justeru, beliau meminta kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan atau sekurang-kurangnya tidak menaikkan harga bahan asas itu sehingga 20 sen sekilogram.

Seorang peniaga kedai runcit di pekan Paka, Mohd Hanafi Yusof 45, pula menjangkakan harga barangan lain terutama makanan dan minuman yang berkait secara langsung dengan gula, akan turut naik.

“Kalau harga gula naik, semua barang lain juga akan naik. Kedai-kedai makan, warung juga akan naikkan harga pada bila-bila masa kerana kuih dan air naik kerana gula keperluan asas, itu yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Pengusaha restoran Zuraidah Abdullah, 30, berkata beliau terkejut dengan kenaikan harga yang disifatkan mendadak dan terlalu tinggi.

“Biasanya harga untuk 24 kampit gula satu kilogram setiap sekampit hanya RM34 namun kini harganya dah naik kepada RM39. Bagi saya harganya naik tinggi sangat,” katanya.

Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk menaikkan harga makanan di restorannya namun langkah itu mungkin terpaksa diambil berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggungnya.

Sementara itu Naib Yang Dipertua Persatuan Pengguna Terengganu Othman Abdullah berkata, kenaikan harga 20 sen sekilogram itu disifatkan agak tinggi.

“Kita tidak nafikan keperluan kerajaan untuk menaikkan harga bahan itu. Tetapi kalau boleh, kurangkan sedikit, jangan sampai 20 sen kerana dalam keadaAn sekarang ia begitu tinggi,” katanya dan menurutnya keadaan itu akan memberi kesan kepada orang ramai terutama penduduk miskin yang tinggal di kampung-kampung.

Kenaikan harga sebanyak 20 sen itu menjadikan harga bahan berkenaan naik kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

KPDNKK bagaimanapun menegaskan kerajaan masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd Zain Mohd Dom ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.- Bernama