DUNGUN – PAS yakin dengan gerak kerja yang dirancang daripada pelan tindakan yang disusun oleh Jabatan Pilihan Raya negeri Terengganu akan menghasilkan kemenangan.
Pengarah program ‘Countdown 100 Hari’ Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU14) YB Cikgu Alias Harun berkata, panduan yang disediakan oleh PAS negeri diolah di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga ke Unit Peti Undi (UPU).
“Saya yakin insya Allah dengan gerak kerja yang dirancang dalam perancangan pelan tindakan ini yang dikemukan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Terengganu sebagai panduan,
“dan akan diolah di peringkat dun-dun untuk diturunkan di UPU-UPU untuk merangka dan merancang serta melaksanakan gerak kerja dengan baik.
“dengan penggemblengan tenaga dengan tersusun in shaa Allah PAS dapat memerintah negeri Terengganu selepas pilihan raya ke-14,” ujarnya.
ADUN Rantau Abang itu berkata demikian ketika mengulas kejayaan program terbabit yang telah diadakan pada 16 Disember, di Rusila minggu lalu.
Katanya, program tempoh kiraan 100 hari menjelang PRU14 yang telah dirasmikan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dihadiri oleh 3000 peserta daripada seluruh negeri.
Beliau berkata, merupakan satu petanda kebangkitan ahli dan penyokong PAS di semua peringkat, untuk mengambil peranan dalam menggerakkan jentera.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar maklumat yang disampaikan pada program tersebut disampaikan kepada parapengundu sasaran.
“Yang pertama ialah Manifesto PAS Terengganu yang merupakan tawaran sekiranya PAS di beri mandat untuk memerintah dan yang kedua berkaitan dengan Wawasan Induk Gagsan Sejahtera (WINS) dan yang ketiga adalah Dokumen Hijau,
“saya selaku pengarah program ini mengharapkan seluruh pimimpin dan pendokong PAS yang hadir pada hari tersebut dapat memahami ketiga-tiga pengisian supaya dapat memberi penerangan dan sebagai bahan kempen kepada pengundi sasar,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, kata beliau, Jabatan Pilihan raya PAS Terengganu telah pun merangka empat fasa tindakan untuk dilaksanakan di semua peringkat.
Peringkat yang pertama, katanya, adalah peringkat pra-pembubaran bermula daripada 16 disember sehingga akhir Januari.
“Fasa kedua Februari ialah bermula (selepas) pembubaran Parlimen dan Fasa ketiga dalam bulan Mac dijangka akan berlaku penamaan calon
“dan Fasa keempat (pada) akhir Mac (sebelum) hari pengundian,” tambah beliau.










