Kumpulan pembankang Syria berkata, mereka akan mempertimbangkan perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Rusia dan Turki dan sekaligus memberi amaran bahawa ‘ia tidak sah dan terbatal’ sekiranya tentera rejim Assad dan sekutu mereka, terus mengebom dan membunuh rakyat.
Pertempuran dan serangan udara berterusan berlaku di beberapa kawasan sejak gencatan senjata bermula pada hari Jumaat, walaupun menurut Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, sehingga hari Sabtu gencatan senjata itu masih berkuatkuasa.
“pelanggaran terus dilakukan oleh rejim dan pengeboman dan cuba untuk menyerang kawasan-kawasan di bawah kawalan puak revolusi,
“(ia) akan membuatkan perjanjian itu batal dan tidak sah,”menurut satu kenyataan yang ditandatangani oleh beberapa kumpulan pemberontak pada hari Sabtu.


Mereka mengatakan, tentera kerajaan dan sekutu mereka telah cuba untuk meraih kesempatan menyerang pejuang, terutamanya di kawasan barat laut Damsyik.
Mereka juga telah menghantar rayuan segera kepada PBB dan ke Turki, yang merupakan pemain utama dalam gencatan senjata itu, untuk berunding dengan Rusia dan cuba untuk menghentikan kerajaan Syria dari terus membunuh.
Kata mereka, sekiranya pertempuran tidak dihentikan, mereka tidak ada pilihan, selain kembali memikul senjata dan memerangi kembali tentera rejim.
Syarat-syarat gencatan senjata itu menegaskan bahawa pada masa ini ia berkuatkuasa, tidak ada operasi ketenteraan dan tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada itu.
Dan para pejuang Syria itu memerlukan jaminan bahawa tidak ada sebarang bunyi senjata yang memuntahkan pelurunya, dan seluruh Syria nestikah damai dan tenteram.
Pihak Rusia, yang menyokong Bashar al-Assad, telah menggesa PBB untuk memberi sokongan kepada gencatan senjata yang rapuh itu, yang merupaka gencatan senjata ketiga pada tahun ini, bagi menamatkan hampir enam tahun perang di Syria.
Turki bersama para pembangkang bersenjata menentang Assad, telah mengusahakan perjanjian gencatan senjata itu dengan harapan untuk mempersiapkan jalan bagi rundingan damai di Kazakhstan pada tahun baru 2017.


Dalam kenyataan para kumpulan pembangkang itu juga berkata, kerajaan Assad dikesan menandatangi dua versi perjanjian yang berbeza yang salah satunya telah hilang “beberapa perkara utama dan penting yang tidak boleh dirunding”, tetapi tidak berkata apa yang mereka adalah.
“Ada tafsiran yang berbeza mengenai gencatan senjata ini antara kumpulan pembangkang dengan rejim Syria disatu pihak dan Rusia serta pembangkang lain disatu pihak lagi,”kata seorang penganalisis di Institut Doha, Marwan Kabalan.
Terdapat kekeliruan tentang kumpulan pembangkang yang termasuk dalam perjanjian gencatan senjata itu dan ISIL yang turut terlibat dengan kancah peperangan tidak dilibatkan sama untuk memastikan perjanjian damai Syria dapat dilaksanakan.
“Pembangkang berkata gencatan senjata itu termasuk semua puak Syria tidak termasuk ISIL, manakala Rusia berkata ia akan mengecualikan semua pertubuhan-pertubuhan pengganas PBB ditetapkan termasuk al-Nusra Front,”
“(perbezaan) ini adalah bom jangka yang akan menjejaskan keseluruhan proses damai apabila tentera Syria akan pergi memburu al-Nusra, yang akan meletakkan kumpulan pembangkang Syria dalam kedudukan yang sangat sukar.” kata Kabalan.
Perjanjian gencatan senjata memerlukan rundingan mengenai penyelesaian politik untuk menamatkan konflik yang telah mengorbankan lebih 310,000 orang dan memaksa berjuta-juta menjadi pelarian.





























