Gempa 6.2 Magnitud; Lebih 100,000 Penduduk Istanbul Terjejas

183

Lebih 100,000 penduduk Istanbul bermalam di luar rumah mereka kerana bimbang akan gegaran susulan selepas gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda bandar itu pada hari Rabu, menurut Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.

Bercakap pada sidang media di Istanbul pada Khamis, Yerlikaya berkata seramai 101,000 rakyat telah disediakan tempat tinggal sementara di masjid, sekolah dan asrama di seluruh bandar. Tambahnya, makanan diagihkan melalui unit katering mudah alih dan khemah untuk menyokong mereka yang terjejas.

Sebanyak 266 gegaran susulan telah direkodkan di bandar ini setakat 9:00 pagi waktu tempatan (0600 GMT) pada Khamis. Menurut Menteri Alam Sekitar, Pembandaran dan Perubahan Iklim Murat Kurum, tiada bangunan kediaman di bandar itu runtuh, kecuali sebuah bangunan terbiar di daerah Fatih.

Menteri Kesihatan Kemal Memisoglu melaporkan bahawa 60 orang kini menerima rawatan di hospital kerana kecederaan yang dialami dalam keadaan panik atau akibat terjun dari bangunan semasa gempa bumi. Beliau sebelum ini menyatakan bahawa seramai 236 individu telah cedera, dan tiada kematian dilaporkan.

Pusat gempa bumi terletak di Laut Marmara, tidak jauh dari pantai Istanbul