Apabila ditanya, mengapa beliau bersikap begitu, katanya beliau amat sedih dan mahu menangis apabila mendengar nama ‘Batu Buruk’ disebut, kerana kononnya, terkenangkan peristiwa yang berlaku pada 27 September, 2007 itu.
Pada ketika yang lain, apabila ditanya berapa das tembakan yang dilepaskan beliau sewaktu menembak Suwandi dan Azman, beliau sambil menunjukkan aksi menembak kesemua arah, bang…bang…… bang…….
Ditanya lagi berapa das tembakan, katanya tak tahu berapa, sehingga pistol berbunyi; klek….klek….klek…..klek
Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!
Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.
Sesi perbicaraan Wan Aziz sebagai pengadu dan saksi kes Tragedi Batu Buruk tamat semalam, disambung dengan rakannya Korporal Che Azmi, sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan dijangka berakhir hari ini 20 Januari, 2010



























