Terengganu, Malaysia
Pendapat

Gejala Rempit Harus Ditangani Bersama

rempit

Oleh: Wan Muhammad Faizul Wan Abas

Lepak Santai 2 anjuran GANTI berlalu Sabtu lepas (11 Jan 2014). Saya mewakili Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada GANTI dan DACS di atas penganjuran program pada hari tersebut yang bermula dengan Kejohanan Futsal Terbuka GANTI.

Alhamdulillah saya kira ia berjaya membuka mata masyarakat setempat khususnya, dan rakyat Terengganu amnya dalam memahami isu ini, seterusnya menjadi satu faktor pencetus kepada penyelesaian isu secara bersepadu dan menyeluruh, yang melibatkan sayap parti, anggota masyarakat, ngo dan juga badan kerajaan sendiri terutamanya pihak PDRM.

Sediakan Litar

faizul program gantiKetika soal jawab, yang paling menarik bagi saya ialah respon dari salah seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Ikram. Dengan gaya membawa helmet mahal dan pakaian sebagaimana Mat-Mat Motor terpilih, beliau mendedahkan orang muda berkumpul petang2 itu adalah kerana hobi semata-mata. Beliau tegaskan untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menyediakan litar untuk mereka beraksi. Katanya lagi Ahmad Said pernah berjanji untuk bina litar.Saya rasa ada kewajaran luahan beliau itu. Kerajaan patut tunaikan janjinya.

Damping & Didik

Walaupun Rempit merupakan istilah membawa konotasi negatif, adalah tidak adil untuk pukul borong semua yang yang hadir bermotor petang Jumaat dan Sabtu itu sebagai Mat dan Minah Rempit. Yang merempit hanyalah segelintir. Ribuan yang lain adalah penonton. Apabila polis trafik jalankan operasi, biasanya Mat Rempit terlepas dan penontonlah yang tertangkap. Justeru, menyedari keadaan ini, saya kira konsep pendekatan yang sesuai digunakan ialah DAMPING & DIDIK. Dewan Pemuda Pas ada menyediakan ARC(Alternative Riding Club) sebagai alternatif bagi mengisi hobi golongan muda secara sihat dan berdisiplin. Dalam aktiviti-aktiviti bermotor yang kami anjurkan, unsur-unsur agama diterapkan. Solat berjamaah, tazkirah dan adab bermusafir diajar untuk jadikan amalan.

Kesimpulan

Dua aspek yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini. Pertama, pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jalanraya yang sedia ada secara lebih intensif oleh PDRM dan JPJ. Saya difahamkan Pulau Pinang sekarang sudah kurang gejala ini kerana berkesannya operasi besar-besaran PDRM. Kedua, DAMPING & DIDIK yang peranannya akan dimainkan oleh Pemuda Pas insyaAllah.

Kita doakan sama-sama agar usaha ini membuahkan hasil dan isu ini selesai dengan baik dan secepat mungkin.

**** Wan Muhammad Faizul Wan Abas adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan