Gambar ISA : dah 1-0… teruskan tuntutan Bersih!

1066

Kemenangan pertama selepas daripada beberapa siri kezaliman Umno-BN. Hari ini PM baru mengaku bahawa akta ISA tidak lagi relevan dan ianya sebagai satu kezaliman demi survival politik Umno-BN. Ahli dan pimpinan Pas sudah lama menderitai akta draconian ini. Mereka disumbat dalam tahanan tanpa bicara bahkan syahidnya Ibrahim Libya serta anak muridnya adalah kerana menentang akta ganas dan zalim ini. ia telah memakan beribu-ribu mangsa khususnya mereka yang mengkritik kerajaan dan pemerintah.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Hari ini demi menyambung nyawa politik Umno-BN mereka terpaksa akur desakan rakyat supaya menghapuskan akta zalim tersebut. Sekian lama perjuangan, hari ini baru terasa detik kemanisan. Tanpa perjuangan, penerangan, penentangan bahkan demontrasi terhadap akta tersebut, mungkinhari ini ISA akan sentiasa mencari mangsanya lagi.

Terimakasih kepada para pejuang sekelian, khususnya kepada para peserta demontrasi 1 Ogos 2009. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap penentang ISA, tetapi ianya berbaloi.

Baca seterusnya dari sumber>>>