Oleh : KAM
KUALA NERUS – Malam kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 (H200K) pada 30 September ini bakal membuat kejutan apabila dipercayai dua, tiga orang tokoh nasional akan bersama menyertai PAS.
Pengerusi Fastaqim 2.0, Ustaz Nasaruddin Hassan mengesahkan penyertaan beberapa tokoh nasional itu namun identitinya masih dirahsiakan.
Katanya, pada malam kemuncak himpunan Fastaqim ada suatu pengistiharan dua atau tiga orang tokoh nasional yang sebelum ini berada di luar PAS akan menyertai parti itu.


“Siapakah tokoh-tokoh itu, tunggulah kemunculannya pada malam kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 nanti.
“Insya’Allah, dua, tiga orang tokoh ini akan hadir bersama pada malam itu dengan kita untuk membuat pengistiharan bersama dengan perjuangan PAS,” ujarnya kepada wakil media.


Menurutnya, tokoh-tokoh itu sebelum ini berada di luar PAS dan selepas ini mereka akan bersama mengharungi perjuangan PAS.
Selain itu, kata Ustaz Nasaruddin turut diadakan Pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera juga akan disempurnakan oleh pimpinan tertinggi parti pada malam kemuncaknya.
Hadir sama pada sidang media itu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Pengarah Fastaqim 2.0, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Adun Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh dan Setiausaha Jawatankuasa Induk Fastaqim 2.0, Nurul Islam Mohd Yusof.




























