Exco Terengganu Akui Masalah Projek Perumahan Generasi Kedua Felda

1959

Sebelum ini banyak disembunyikan kegagalan projek perumahan generasi kedua Felda di Terengganu. Hari ini Exco Kemajuan Luar Bandar, Ushawan Koperasi & Penggunaan Negeri, Y.B. Nawi Mohamad mengakui isu yang dibangkitkan oleh NGO GENERASI Terengganu.

felda tenangIsu ini sudah lama dibangkitkan oleh warga Felda sejak janji-janji perlaksanaanya dimaklumkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Beliau juga mengakui projek di kawasanya sendiri, di Felda Tenang memang tiada tanda kerja pembinaan, hanya papan tanda diletakan. Beliau juga mengaku projek ditempat lain juga mengalami nasib yang sama.

Saya selaku Pengerusi GENERASI Terengganu, yang hampir setiap bulan membangkitkan isu ini agak terkejut dengan pengakuan pertama kali dari pihak Kerajaan Terengganu. Apa pun saya mengucapkan terima kasih diatas pengakuan dari kerajaan ini.

Walaupun beliau tidak mengulas lanjut kenapa kegagalan projek ini dilaksanakan, kami yakin beliau akan memberi perhatian yang serius isu ini agar diselesaikan segera. Kami tidak mahu ianya menjadi umpan kali kedua dengan cara yang sama bila menjelang pilihan raya diarahkan kontraktor membersihkan semuala tapak dan pembahagian borang sekali lagi dibuat.

Felda Tenang 1Beliau juga menyebut 300 unit pelaksanaan sebenar di tapak telah di bangunkan di Felda Kertih 5, tetapi beliau mungkin tidak sedar projek ini sepatutnya siap pada 26 Januari 2015 dan hanya ada 3 hingga 5 orang pekerja sahaja.

Sewajarnya kerajaan negeri Terengganu lebih prihatin dan bertanggunjawab terhadap projek ini. Walaupum ianya dilaksanakan sepenuhnya oleh peruntukan kerajaan pusat, kerajaan Terengganu perlu memantau bagi memastikan harapan warga Felda Terengganu tertunai dan mendapat rumah seperti mana yang di janjikan.

Naraza Muda
Pengerusi GENERASI Terengganu
30 Ogos 2016 / 26 Zulkaedah 1437

Felda Perlu Bina Dan Selesaikan Segera Perumahan Generasi Kedua