DUNGUN – Kepimpinan PAS telah berjaya melaksanakan empat daripada 20 Manifesto parti itu yang telah ditawarkan semasa kempen pilihan raya (PRU) ke-14 yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, antara yang telah dilaksanakan ialah cukai pintu rumah kediaman dihapuskan, pemberian air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin dan dana raya pada yang layak serta karnival kahwin percuma di seluruh 32 DUN.
“PAS DUN Rantau Abang tidak ketinggalan dalam memenuhi hasrat memberi kesejahteraan kepda rakyat,
“dengan mengadakan satu program PAS di mana sumbangan fakir miskin telah pun diberi kepada golongan yang dipilih di peringkat PAS cawangan Gong Pasir,” katanya.
Beliau berkata demikian ketik ditemui oleh pihak media pada Jumaat, 25 Mei.


Katanya, PAS akan meneruskan program-program yang telah dijanjikan kepada rakyat dengan slogan Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
“Pada 2 Jun nanti PAS DUN Rantau Abang akan mengadakan program sumbangan fakir miskin seramai 480 orang dan anak yatim jumlahnya tidak terhad,
“kerana kita beri kepada semua anak yatim daripada enam tahun sehingga 13 tahun,” jelasnya.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu, menyeru agar seluruh rakyat yakin dan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Terengganu yang baharu.
“saya memohon agar rakyat negeri Terengganu supaya yakinlah kepada PAS atas apa sahaja janji dalam manifesto yang telah kita tawarkan semasa kempen PRU 14,” tambah beliau.





























