Empat ‘ADUN Hilang’ Ketika Majlis Muhyidin dicemuh

3401

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/4adundicemuh.gifKUALA TERENGGANU – Tindakan empat wakil rakyat kawasan Setiu yang gagal menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian itu telah dicemuh oleh pimpinan tertingginya sendiri.kata,

Datuk Sri Hishammuddin Hussein  berkata ADUN kawasan Jabi, Ramlan Ali, ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh, ADUN Langkap Asha’ari Idris dan ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu yang selama ini sering mengeluarkan kenyataan mengatakan Umno Terengganu sudah pulih, tidak lagi berbalah, terpaksa mengakui Umno Terengganu masih lagi bermasalah

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Seputeh, semalam Sabtu 17 Julai,  beliau berkata majlis itu masih perlu dihadiri meskipun mereka mempunyai masalah dalaman

Malah beliau berkata tindakan empat ADUN itu boleh mencemarkan Umno Bahagian Setiu.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Majlis Ramah Mesra Bahagian Kemaman semalam.

Sebelum itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta tidak empat ADUN berkenaan tidak mengutamakan diri sendiri

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Majlis Ramah Mesra Bahagian Kemaman semalam.

Menurutnya, tindakan empat ADUN itu akan memberikan gambaran mereka membelakangkan parti yang akan meninggalkan kesan tidak baik kepada Umno.

Sementara itu, tindakan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiau, Kapiyatuallah Mohd Said yang mengarahkan semua guru-guru hadir ke dalam Majlis Mesyuarat Perwakilan Umno Setiu yang dirasmikan oleh muhyiddin telah mendapat cemuhan dari orang ramai.

Surat arahannya yang telah disebarkan melalui internet, bernada lembut menggunakan bahasa ‘Jemputan’ tetapi sebenarnya adalah satu arahan.

Seorang pengunjung laman sosial Facebook Buletinonline menulis Pejabat Pendidikan Daerah Setiu (PPD Setiu) arahkan semua Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di Setiu hadir dalam mesyuarat agung bahagian tersebut.

“Dia ingat cikgu di Setiu ni macam kepala dia…ayat pun tak betul… “….sempena mesy perwakilan bahagian…” memang tak ada kerja…,”komennya lanjut

Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu Cikgu Fariz Musa menyifatkan semua pegawai pelajaran daerah dan jabatan pendidikan negeri Terenggan adalah pencacai dan alat umno Terengganu.

“Saya tahulah, sebab saya antara mangsa yang kena dulu. Apa salah saya? Kerana politik?  Kerana menentang umno/bn. Kena tatatertib, kena tukar dan macam-macam tekanan,”tulisnya

http://www.youtube.com/watch?v=6NJCHiyXe6g