Eidul Adha 1430H, Hari Haji Akbar

896

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/tokgurukorban.JPGDemikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam mukaddimah khutbah Eidul Adhanya, di masjid Rusila hari ini.

Katanya, hari haji akbar penting kerana pada hari tersebut Allah mengisytiharkan berlepas diri dari orang-orang musyrikin sebagaimana dinyatakan dalam surah atTaubah, ayat ke sembilan.

Beliau turut mengingatkan seluruh umat Islam bahawa perbuatan syirik itu bukan hanya menyembah patung dan berhala, tetapi seseorang Islam menjadi syirik apabila mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah dan mempercayai kepada undang-undang tersebut.

”Termasuklah syirik itu, mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah, dan percaya kepada undang-undang itu,

”mengadakan peraturan lain daripada peraturan (yang telah ditetapkan oleh) Allah dan menerima peraturan itu,”jelasnya.

Menurutnya, Allah telah menetapkan undang-undang (syariat) ke atas manusia yang berkait dengan ibadat, makan minum,  pakaian dan pergaulan.

Begitu juga, katanya, Allah menetapkan undang-undang yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan pemerintahan negara.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/drazmankorban.jpgSebaik selesai menunaikan solat sunat Edul Adha, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang telah bertemu dan beramah mesra dengan jamaah yang hadir.

Ustaz Abdul Hadi turut menunaikan ibadah korban dengan menyembelih tiga ekor lembu (gambar atas) di perkarangan Masjid, dan diagih-agihkan dagingnya kepada orang ramai.

Sementara itu, di Masjid Tahfiz Tok Jiring, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar menyampaikan khutbah dan mendirikan solat sunat Eidul Adha dan menyembelih dua ekor binatang korban.

Manakala di DUN Jabi, Setiu, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Dr Azman Ibrahim meraikan Eidul Adha bersama-sama masyarakat di Kampung Bukit Tanah.

Beliau turut bersama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadah korban bersama PAS Cawangan berkenaan (gambar kanan – berbaju biru).

http://www.youtube.com/watch?v=tYwQr2fCU84