Dungun Sumbang RM 72,760 Untuk Turkiiye

29

DUNGUN – PAS Dungun telah berjaya mengutip sebanyak RM72, 760.00 untuk disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Terengganu for Turkiye yang dilancarkan oleh PAS Terengganu.

Yang Dipertuanya Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan kesyukurannya diatas sumbangan orangramai, sayap – sayap parti dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Hari ini kita telah menyerahkan
sebanyak RM 72,760.00 dan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan di seluruh Negeri Terengganu adalah sebanyak RM 709,798.00.,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pada Jumaat.

Sambil merakamkan ucapan terimakasih kepada para penyumbang beliau turut mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.