Dungun Jadi Pertaruhan

79

DUNGUN – Selepas Marang dan Kuala Terengganu, parlimen Dungun turut menjadi pertaruhan PAS memenangi pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 untuk Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.

Calon PAS Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, melihat kepada suasana peserta perarakan, beliau yakin parti Islam itu mampu untuk menang.

Menurutnya, disamping kawasan tersebut merupakan kubu kuat sejak sekian lama, ditambah dengan jumlah 130, 000 orang ‘undi 18’.

“Dengan adanya kerjasama diantara PAS bersama dengan Bersatu dan parti Gerakan, ia membentuk kekuatan jentera yang akan menarik sokongan,

“Khidmat kebajikan yang kita lakukan selama ini kepada seluruh rakyat juga meningkatkan kecenderungan kepada pengundi memilih PAS, ” jelasnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata demikian pada sidang akhbarnya, selepas disahkan bertanding di Parlimen Dungun, semalam.


Justeru kata beliau, jika berjaya membentuk kerajaan, maka sudah tentu kebajikan kerana dasar prihatin yang telah dibuktikan oleh kerajaan PN sebelum ini.

“Kita semua maklum, Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan hasrat untuk menggerakkan agenda untuk memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, membantu dan membaik pulih ekonomi rakyat.

“Dengan mengemukakan calon yang bersih dan berintegriti sudah tentu akan membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan mampu untuk menarik pelabur ke negara ini.

“Bagi menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan stabil sudah tentu perlu memastikan perkara membabitkan rasuah tidak lagi wujud yang selama ini menjadi penghalang untuk negara mencapai kemajuan sekali gus akan menjamin wujudnya peluang pekerjaan,” tambah
beliau.

Oleh itu katanya, sekiranya diberikan mandat fokus beliau adalah untuk meningkatkan impak kebaikan yang besar kepada rakyat.

“Sebelum ini kita berjaya bawa balik projek pemuliharaan muara sungai yang dulu dipanggil benteng pemecah ombak dengan peruntukkan RM250 juta.

“Kalau kita berjaya membentuk kerajaan sekali lagi, antara perkara yang akan diberikan keutamaan melibatkan segmen belia antanya memiliki ‘ mini stadium ‘dan banyak lagi untuk menjadikan Dungun ini memenuhi kriteria sebagai sebuah perbandaran itu yang akan ditekankan,” katan beliau lagi.