Dua Treler Bantuan di Hantar Ke Raub

140

RAUB – Sebanyak dua buah trailer dan beberapa lori kecil yang membawa barang-barang keperluan rumah telah dihantar ke Raub, Pahang untuk diedarkan mangsa-mangsa banjir di sana.

Setiausaha Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana(KHIDMAT) Malaysia, Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said berkata sebanyak lebih 600 set dan setiap satunya mengandungi lebih sepuluh unit barangan.

“Barangan mencakupi 650 set tikar, bantal, ‘rice cooker'(periuk nasi). , sejadah, set kit wanita, telekung dll, kurang lebih 12 item.

“Barang-barang dan wang tunai tersebut adalah sumbangan orang ramai di Kuala Terengganu dan juga daripada tempat-tempat lain ,” jelasnya.

Beliau ditemui di Dewan Majlis Daerah Raub yang merupakan tempat pengumpulan barangan bantuan dan sukarelawan Misi Bantuan Banjir Ke Raub, Pahang di sini semalam.

Turut hadir Pengarah KHIDMAT Malaysia Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan Ustaz Kamal Ali dan Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Md Noor

Menurutnya, misi yang disertai sukarelawan KHIDMAT Kuala Terengganu itu telah berkampung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Januari di Raub, Pahang.

“Kita akan agihkan set-set ini kepada mangsa banjir di empat zon iaitu Zon Semantan, Sega, Gali dan Ulu Dong,” katanya.