Dua Aidilfitri Norma Baharu

222

KUALA TERENGGANU - Dua tahun yang pasti memberi ingatan mendalam buat kita semua apabila Hari Raya Aidilfitri sekali lagi, akan disambut dalam situasi norma baharu.

Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berdoa,
semoga umat Uslam terus istiqamah dalam membuat kebaikan seperti yang dilakukan sepanjang Ramadan.

"Doakan agar keadaan negara kembali pulih sepenuhnya dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya pasti, kerinduan terhadap insan tersayang dan kampung halaman membuak-buak terutamanya bagi mereka yang sudah lama tidak bertemu dan berjauhan dengan keluarga," ujar beliau.

Menteri Besar Terengganu itu dalam satu kenyaraan, memberi ingatan agar semua rakyat patuhi arahan yang ditetapkan dan terimalah dengan hati yang lapang demi keselamatan kita semua.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak Covid-19.

"Bersyukurlah, kerana pengorbanan mereka kita dapat beraya dengan selamat.

"Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama rakyat Terengganu yang dikasihi.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin." kata beliau