Disebalik Penyertaan Aziz Bari Ke Dalam DAP

1539

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

“Dalam pakatan pembangkang, DAP mempunyai paling banyak kerusi parlimen dan DUN…….saya harap penglibatan saya dalam parti (DAP) akan mempercepatkan untuk pakatan ini ke Putrajaya”

Aziz Bari dipetik berkata ini mengulas keputusannya yang tidak lagi mahu bersama PKR dan menyertai DAP kelmarin. PKR masih diam dengan keadaan ini.

Adakah rakyat Malaysia boleh menerima Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh DAP?

Adakah umat Islam boleh menerima agenda memecah belahkan kesatuan Parti Islam Se Malaysia PAS yang sangat didokong semua segi oleh DAP?

Semua yg waras dan berakal mengetahui hanya PAS pencabar tunggal munasabah yg mempunyai kekuatan jentera dan akar umbi untuk mencabar UMNO didalam pilihanraya. GHB jika turut bertanding hanya akan mengelirukan rakyat dan memecah kesatuan undi yg diperlukan untuk menghadapi UMNO. Dengan ‘set up’ yg ada, yg menggantung dan memasang kain rentang dan poster propaganda mereka pun dari kalangan tertentu yg dikenalpasti aktivis PKR tegar. Mereka bukan dilihat bertujuan untuk menang. Perbuatan mereka tidak lebih bagai perbuatan khianat. Yang memberi harapan baru untuk UMNO terus menang.

aziz_bariPolitik campurtangan DAP dalam mencorak urusan politik orang Islam dan melayu bertujuan mengekalkan mereka sebagai parti politik yang paling berkuasa dalam pakatan yg mereka jadi arkiteknya.

Cara berdepan politik begini adalah dengan menolak entiti yang ditaja untuk memecahkan kesatuan PAS. Dengan cara itu kita tidak terganggu untuk fokus kepada usaha meyakinkan penyokong UMNO untuk meninggalkan parti UMNO yg sudah bagai kapal Titanic yg melanggar bongkah glasier yang besar dan sedang karam.

Jangan nanti DAP yang byk menang, UMNO tetap kekal boleh memenangi kerusi kerana undi pembangkang telah berpecah. Akhirnya negeri-negeri tertentu yang amat diidamkan DAP berjaya mereka kuasai dengan meletak maskot mereka beberapa orang melayu sebagai MB boneka mereka.

Takkanlah kita terlalu naif dan tidak tahu kedudukan orang melayu dalam DAP adalah ehsan sebagai alat aksesori sahaja. ‘Window dressing’. Hiasan untuk umpanan dan tarikan. Lebih 90% ahli DAP adalah bukan melayu, bukan Islam. Dan yg ramainya adalah dari kaum cina. Kaum india pun malah minoriti dalam DAP. Mereka lantang ketika adanya mendiang Karpal Singh sahaja.

Hari ini, terserlah sikap chauvinis mereka. Dalam keghairahan DAP memancing kaum melayu, perhatikan kaum India dlm DAP tidak begitu teruja.

Berbalik kepada Aziz Bari tidak lagi yakin dengan masa depan PKR, isunya mudah sahaja.

Aziz Bari berada dalam kalangan elit PKR. Dia tahu apa yg berlaku. Apa sedang terjadi dan isu yg tak senang duduk di dlm PKR.Dia tahu apa masa depan PKR tanpa adanya bantuan sokongan dan jentera akar umbi PAS.

Sebaik PKR memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka lebih setia kepada DAP berbanding PAS, maka berakhirlah faedah yg mereka perolehi dari sokongan PAS.

PKR bolehlah menguji kekuatan mereka sendiri. Mungkin ada beberapa orang yg sangat yakin PKR sangat kuat, tidak lagi perlukan PAS.

Tapi nampaknya bagi Aziz Bari sendiri, dia tidak yakin. Dia lebih yakin kepada DAP dan pula merasa kuat kerana yakin pakatannya dgn PKR. DAP pun tahu mereka tiada apa apa jika bersendiri.

Saya mudahkan. DAP bergantung kepada bantuan PKR yang bergantung kepada bantuan PAS….

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat
31 Julai 2015