Dia Tiru Kera Atau Kera Tiru Dia?

313

Teringat dulu aku dengan sebuah cerita pasal kera yang panjat pokok petai. Cerita ni diceritakan oleh Ustaz Yussaine Yahya dalam satu kuliah di Surau Taman Jali, Kangar, masa aku kerja sana dulu. Lama dah, belasan tahun dulu.

Dia kata kera ni, kalau panjat pokok petai, antara perangai dia, suka lurutkan buah-buah petai muda dan jatuhkan. Kemudian, kera-kera tu buat muka terkejut, takjub atau hairan sebab bunga-bunga petai tu konon jatuh berguguran sendiri. Padahal dia yang buat semua tu.

Begitulah yang berlaku kepada seseorang di Kelantan. Orang dia tulis, orang dia angkat banner, orang dia ambik gambar, lepas tu dia buat-buat terkejut kata kat Menteri PAS penderhaka, penjilat PM.

Dalam tiga tahun lepas pun ada perangai yang serupa. Mereka buat cerita macam-macam suruh orang percaya, lepas tu menang. Bila dah berjaya tubuh kerajaan, tahun lepas, Atuk dia merajuk sebab selalu kena paksa serah jawatan PM dan juga banyak sangat janji-janji kosong dibuat dalam kempen. Atuk turun dari kerajaan dan kerajaan dia jatuh. Agong pilih orang lain jadi PM. Gabungan parti dia orang kemudian, buat-buat terkejut, terpegun dan terkaku.

Lepas tu dia orang ramai-ramai marahkan PAS. Langsung dia tak marahkan Atuk dia orang, padahal semua orang tahu Atuk dia yang buat hal sebab dia orang jugak. Bukan tu jer, tak serik lagi, baru-baru ni ada pulak cadangan nak berbaik semula dengan Atuk.

Ni sekarang, ada pulak ugutan daripada parti dalam kerajaan, kepada kerajaan, nak keluar. Dia yang sama-sama tubuhkan kerajaan, dia yang ada paling banyak menteri, dia yang paling banyak pegang portfolio penting, akhirnya dia nak balik ke lawan lama dia yang dia tumbangkan dulu. Yang lawan dia tu dulu pun tak sikit maki hamun parti dan pimpinan mereka.

Aku bimbang kalau kera-kera tu tahu ada manusia yang buat perangai sama macam dia buat kat buah petai tu, takut nanti kera-kera tu letak jawatan jadi kera. Yalah kan? Buat apa banyak-banyak ada kera kan?

Ni aku tak kata yang buat tu kera. Aku tulis, kera pun ada buat gitu. Sendiri buat perangai, sendiri terkagum, sendiri terkejut, sendiri terlatah. Tak tahulah siapa tiru siapa. Nanti marah pulak kat aku kata aku kata dia orang tu kera. Aku tulis jer, kut-kut ada iktibar yang boleh diambil contoh. Takkan tulis iktibar pun kena marah gak….

Mohd Nasir Abdullah
22 Jun 2021