DHPP Gesa Cadangan Pembangunan Kampung Cina Dibuat Segera

5388

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu menggesa pemaju yang diberikan tanggung jawab untuk melaksanakan pembangunan Kampung Cina merealisasikannya dengan segera

Pengerusi DHPP Kuala Terengganu Chua Kim Huat @ Jefri Chua berkata, projek yang telah di rancang sejak tahun 2012 telah melibatkan pengambilan tanah tempat tinggal orang ramai.

Beliau berkata, sejak tujuh tahun lalu, tanah seluas 4.3 hektar itu telah rerbiar, semak samun, menjadi sarang gular dan tempat pembiakan nyamuk eades.

Oleh itu, beliau menyarankan agar, pihak pemaju membersihkan kawasan tersebut sekiranya pembangunan yang direncanakan belum boleh dilaksanakan.

Chua Kim Huat @ Jefri Chua

“Tanah ini diserahkan kepada pemaju dan sekarang ini sudah beritahu YB Ustaz Ahmad Shah dengan MPBT kita bagi surat melalui MPKK,

“lepas tu YB tandatangan untuk suruh dia bersih kawasan ni. Kalau tidak kita boleh saman pasal tak leh lok gitu (tidak bnoleh biarkan begitu),

“Saya ada bagi tahu MPKK nak suruh bersih belaka sebab tempat ini kalau kira tempat pembiakan denggi,” jelas beliau.

Jeffri yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ka pung Cina Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Rabu, 16 Januari.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu telah ambil tanah tersebut dan mengusir orang kampung yang terdiri daripada orang Cina dan Melayu.

“Sudah tujuh, lapan tahun ( kawasan terbabit menjadi semak), kalau rancangan dia (pemaju) nak buat kondominium 40 tingkat (beluim boleh dilaksanakan),

“(kita beri) cadangan baru ini kita minta dibersihkan lepas tu tempat ini kalau boleh dia buat tempat ‘parking’ sementara gitu untuk jangka pendek,

“Pada masa (jangka) panjang kalau ikut lunas undang –undang, kalau boleh (kita nak) kerajaan ambil balik (tanah itu) tak kan nak biarkan (terbengkalai) begini (hingga)100 tahun,” tegasnya.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, cadangan membangunkan semula kawasan di belakang tokong lama di kampung itu adalah untuk sebuah metropolitan mini dengan bangunan tinggi serta hotel dan kawasan kediaman.

The Star melaporkan, Ketua MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw pada 2012, berkata kerajaan negeri meluluskan rancangan pembangunan semula, yang akan dilaksanakan oleh Kampung Tiong Development Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan YTL.