DHPP Dapat 30 Ahli Baru

281

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Negeri Terengganu menerima permohonan 30 orang ahli baharu daripada kaum Tionghua.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, walaupun pelbagai tohmahan serta tuduhan yang dilemparkan kepada PAS oleh parti lawan namun ia terus menjadi tumpuan.

Menurutnya, bukan sahaja mendapat sokongan dalam kalangan orang Islam, bahkan bukan Islam juga berminat untuk menyertai PAS dan ingin bersama dengan perjuangannya.

“Tahniah buat 30 orang Kaum cina yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli PAS melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP),” kata beliau suatu kenyataan di sini, semalam.

Penyerahan borang telah dibuat oleh Ketua Pemuda DHPP Terengganu,cAlex Chan Foo Yew disaksikan oleh Penolong Setiausaha BPPNT YB Hanafiah Mat dan Ketua DHPP Terengganu, Dr Balachandran G Krishnan

Oleh itu, beliau berharap agar mereka yang baru menyertai PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan parti itu dalam membela nasib rakyat di negara ini.

“Persiapan kekuatan mental agar sekali tidak mengalah dan apa yang lebih penting lagi ialah memahami apa itu perjuangan PAS.
“Selamat berjuang buat semua,” ujarnya.