Dendam Mereka ‘Terpercik’ Ke Muka Sendiri

1425

Oleh : Salam Muhammad

Ketika PAS mendakwa dikhianati oleh bekas wakil rakyatnya yang melarikan kerusi dan meminta mereka meletakkan jawatan, pelbagai alasan diberikan oleh mereka yang berseteru dengan PAS. Golongan pro-DAP dan PKR sanggup pula bersekongkol dengan golongan politikus durjana yang akhirnya membentuk PAN.

Begitu juga apabila PAS menegaskan untuk mengambil (bertanding) kembali kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada rakan sekutu Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tiada kerusi tradisi bagi satu-satu parti. Tiada istilah kerusi pinjam.

 

Wan-Azizah-MenangisKini, DAP dan PKR rasa yang PAS pernah alami. Wakil rakyat DAP bagi kerusi Likas, Junz Wong keluar parti. DAP minta beliau agar letak jawatan. Manakala Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu.

Marah benar DAP dengan pengkhianatan oleh wakil rakyat mereka. Tetapi bukankah dulu, DAP tidak mengganggap pemimpin yang melarikan kerusi PAS sebagai pengkhianat? DAP ketawa dan meraikan pula manusia yang tidak bermaruah itu. Malah akhirnya mereka mengajak pula golongan itu menubuhkan Pakatan Harapan.

PCS VS DAP1Begitu juga apabila DAP dan PKR hendak bertanding semula di Sungai Siput pada PRU14 nanti. Naib Pengerusi DAP Perak menyatakan hasrat untuk bertanding semula di kerusi yang diberi pinjam kepada PSM. Bukankah semasa PAS guna istilah “ kerusi pinjam”, kamu kata tiada istilah kerusi pinjam. Kena kepada kamu, ada pula istilah kerusi pinjam. Kan haprak tu.

Inilah sebahagian sandiwara politik oleh golongan oportunis. Golongan ini mendakwa dengan seribu hujah bertaraf ‘akademik longkang’. Mereka boleh membentang dokumen dengan fakta palsu demi menegakkan benang basah. Mereka megah dengan title professional, pintar berbahas, istilah rahmatan lil ‘alamin, CAT (competency, accountability, transparency dan kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Rakyat menjadi keliru lantas membantai PAS dari kiri dan kanan.

Kesimpulannya, motif tulisanku ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat wajah-wajah sebenar pelakon opera yang mementaskan politik palsu dan jelek. Saksikanlah.