Demo…..demo…jangan tak berdemo!

1024

Beliau berkata semakin ramai orang-orang perempuan yang keluar berdemonstrasi bagi menuntut hak masing-masing.

Katanya, orang-orang perempuan muda sudah ramai, tetapi orang-orang tua, 60-an dan 70-an tidak ramai yang keluar. Oleh itu beliau menyeru, semua perempuan tua sebaya dengannya keluar berdemo sekiranya BERSIH 3.0 di panggil nanti.

[Gambar kanan – ribuan rakyat Mesir berdemo pada 25 Januari lalu meraikan setahun kemenangan ‘demo’ mereka menjatuhkan Hosni Mubarak]

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan dan memberi kata dua kepada kerajaan.

Tarik balik Akta Kerja (Pindaan) 2011, yang diluluskan Parlimen akhir tahun lalu, atau hadapi demo (piket) pada minggu ketiga setiap bulan.

Majlis Am badan induk pekerja yang mengadakan mesyuarat majlis selama enam jam di sini, 17 Januari lalu menetapkan pendirian mereka.

Lebih keras, mereka memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang perundingan dan perbincangan dengan kerajaan.

“Pendirian yang diputuskan oleh majlis am hari ini ialah kita mahu Akta Kerja ini ditarik, apa sahaja pindaan dalam akta ini mesti ditarik.

“Majlis am mengambil pendirian tegas tidak perlu mengadakan perbincangan lagi dengan Kementerian Sumber Manusia, termasuk berkenaan soal peraturan – peraturan pelaksanaan Akta Kerja ini.

“Kami akan mengadakan piket sehingga pilihan raya umum, sehingga Akta Kerja ini ditarik balik,” kata Presiden MTUC, Khalid Atan ketika ditemui media di akhir mesyuarat majlis am tersebut.

>>Baca lagi dari sumber>>>