Dedahkan Hasil Siasatan ‘Sekolah Tergantung’ Kepada Rakyat

3776

MARANG – PAS menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan siasatan dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat berhubungan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat yang retak dan ‘tergantung’ dan kini telah dilupuskan.

Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman kesal sehingga kini, seteleh 10 tahun bangunan tersebut diisytiharkan tidak selamat, tiada sebarang tindakan oleh pihak berwajib.

“Kos pembinaannya lebih daripada RM18 juta dan saya difahamkan sekiranya kerajaan nak baiki kosnya mahal sehingga boleh mencecah RM24 juta (jadi ia telah dirobohkan) dan hari ini saya datang semula ke sini melihat hanya ‘padang jarak padang tekukur’,

“jadi saya mendesak walaupun perkara ini dah hampir 10 tahun dah…..maksudnya ianya berlaku tetapi kita mengharapkan supaya pihak berwajib menjalankan siasatan,

“sepatutnya bila berlaku begini pihak SPRM dan pihak kerajaan menyiasatlah sebenar apa yang berlaku sehingga sekolah ini terjadi seumpama ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak sekolah terbabit yang telah diratakan di Kampung Alor Limbat dekat sini pada Rabu 7 Februari.

Menurutnya, tiada apa-apa tindakan dan tiada apa-apa pendakwaan yang telah dibuat keatas ‘pembaziran’ harta rakyat bernilai puluhan juta itu.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara yang sama tidak berulang kepada mana-mana projek kerajaan, terutama dalam pembinaan sekolah menngah baharu yang akan dibangunkan di Kampung Baru Serada.

Bangunan SMK Alor Limbat ketika siap pebinaannya, tetapi diisytiharkan tidak boleh digunakan, kerana tahnya mendap

“yang kedua apabila esok (8 Februari) ada pecah tanah Sekolah Menengah Kampung Baru (Serada)….walaupun dia masih dalam DUN Alor Limbat (yang) sebenarnya tiada kaitan dengan pembinaan Sekolah Menengah Alor Limbat kerana jaraknya sangat jauh,

“kita tak mahu perkara yang sama berulang, sebab sekarang ini zaman teknologi zaman canggih sepatutnya kajian dilakukan peringkat awal samada sesuai ataupun tidak tanah (terbabit),” jelasnya.

Justeru itu, beliau memohon agar kerajaan mendirikan semula Sekolah Menengah Alor Limbat yang telah dirobohkan, di mana-mana Kawasan yang selamat di kampung itu.

Beliau berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada yang akan didirikan adalah dalam daerah Kuala Terengganu dan bukannya dalam daerah Marang.

tapak SMK Alor Limbat kini hanya ‘Padang Jarak Padang Tekukur’ setelah ia dorobohkan, RM1 juta hanya tinggal ‘batu dan debu’

“Jadi keperluan yang sangat mendesak (supaya kerajaan membina semula sekolah) saya berjalan sekitar kampung Rawai, Pok Badar dan (kampung) Alor Limbat……mereka mendesak kerajaan supaya menggantikan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat,

“kita tak halanglah (pembinaan) sekolah baharu itu kerana telah di ‘gazat’ agak lama pembinaannya,” tambah beliau.

Beliau difahamkan ada masih banyak sama ada tanah kerajaan ataupun tanah yang boleh diambil semula oleh kerajaan, yang sesuai untuk di bina sekolah.