DAP Terus Pertikai Tindakan Malaysia Tolak Pesta Arak

2057

Ahli parlimen DAP Lau Weng San, hari ini, mempertaikan keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan dan polis yang permohonan penganjuran ‘pesta arak’ Festival Bavarian yang sebelum ini dikenali sebagai Oktoberfest.

Memihak kepada pesta mabuk itu, Lau berkata, penganjur telah membelanjakan RM300,000 pada acara yang kini ditolak oleh kerajaan.

Lau, yang juga wakil rakyat di Selangor dilaporkan akhbar berkata, pesta itu telah dijadualkan berlangsung dari petang ini hingga Ahad, mendakwa bahawa tempat ‘pesta alkohol’ itu merupakan premis komersial milik persendirian.

“Apakah mesej yang akan diberikan kepada pelabur, terutamanya pelabur asing, apabila pihak berkuasa tempatan hanya menolak permohonan untuk aktiviti perniagaan yang sebenarnya dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan?” soal beliau.

Belau membandingkan tentang festival ‘mabuk’ yang sama dianjurkan di negara bukan umat Islam seperti Jerman dan Republik Czech, seolah-olah menafikan bahawa orang Melayu yang beragama Islam adalah majoriti di negara ini.

Adun Kampung Tunku itu juga umpama orang yang ‘mabuk dantidak sedar diri’ bahawa agama rasmi persekutuan adalah agama Islam yang menganggap ‘pesta arak’ itu ada sesuatu yang membawa mudarat.

“Jadi saya fikir pihak berkuasa tempatan dan juga pihak polis perlu telus mengenai perkara ini dan harus menjadi fasilitator dalam kes ini, dan mereka tidak perlu mewujudkan halangan tambahan dan tidak perlu kepada pihak penganjur,” katanya sidang akhbar di Petaling Jaya.

Seorang lagi ADUN DAP Rajiv Rishyakaran, mempersoalkan alasan polis menolak pesta arak itu dengan menyatakan ia akan memberi ‘ancaman keselamatan’.

Bahkan beliau secara terang-terangan mengaitkan PAS dengan keputusan kerajaan itu dan cuba mengaitkan hubungan parti Islam dengan Umno

“Bagaimana militan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam semua ini sebelumnya, tetapi mempunyai minat khusus hanya apabila dibantah PAS dan Umno dan kemudian tiba-tiba sahaja mendapat militan ada kaitan dengannya? Kenapa terdapat satu kebetulan yang menarik? ” soal beliau.

Dengan jelasnya, Ahli-ahli yang berhormat DAP ini telah menjadikan isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam sebagai satu isu politik.

Mereka telah melulu membuat perbandingan bahawa arak juga dijual pada perlumbaan F1 baru-baru ini di Sepang.

Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) iaitu sayap bukan Islam yang meyokong, dan faham mengapa tindakan kerajaan tidak membenarkan mana-mana pesta arak berlangsung.

Ketuanya N Balasubramaniam berhujah, pendirian menentang pesta mabuk tersebut selari dengan tuntutan mana-mana agama.

“Pegambilan minuman beralkohol itu adalah hak dan pilihan individu tetapi galakan untuk meminumnya dengan menganjurkan pesta tidak seharusnya berlaku.

“Mana-mana agama tidak membenarkan dan menggalakkan penganutnya minum arak. Dalam agama Hindu sendiri, melalui kitab Veda dan Tamil Thirukuvul, arak adalah satu perkara yang dilarang.

“Jadi saya tidak nampak kenapa masih ada orang yang mempertahankan pesta sebegini. Kalau nak minum, minum sahaja.. jangan dibuat pesta dan ajak orang lain minum bersama,” katanya yang ditemu selepas berucap pada Himpunan Fastaqim 2.0, hujung minggu lalu.