Terengganu, Malaysia
Pendapat

Dalam Kepayahan Bantuan Tetap Diberi

BANTUAN BUKIT PAYONG1

Walaupun perit bagi mencari dana untuk diagihkan kepada mereka miskin atau yang memerlukannya, namun tiada pilihan lain bagi Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong, selain daripada berusaha gigih mencari sumber.

Sebanyak RM25 ribu akhirnya berjaya dikumpulkan bagi MTD menjayakan Program Nur Ramadhan, hasil kerja keras mereka bagi memastikan kelangsungan program iaitu satu program tahunan yang tanpa gagal diadakan oleh mereka.

Seramai 265 orang penerima telah dikenal pasti, mendapat sedikit bantuan iaitu RM100, 10 kilogram beras dan juga setengan kilogram kurma bagi mereka gunakan dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam Kepayahan Bantuan Tetap DiberiAdun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ucapannya merasa kesal kerana kerajaan negeri dengan jelas meminggirkan wakil rakyat yang sah bagi membangunkan sesuatu Dun itu jika ia dari pembangkang.

Bagi beliau, cara lapuk, ketinggalan zaman dalam berpolitik dan lebih dari itu, tidak tahu menghormati pengundi dan undang-undang negara, perlulah dibuang oleh kerajaan negeri agar membuka demensi baru politik tanahair.

“Insya Allah jika kita dapat memerintah, kita akan lakukan yang terbaik kepada rakyat, tanpa memilih kasih.

Dalam Kepayahan Bantuan Tetap Diberi“Apa yang boleh diulangi oleh kerajaan yang dikuasai oleh PAS suatu ketika dahulu, segala kebaikannya, kita akan teruskan, rakyat sangat merasai kebaikan itu walaupun hanya memerintah selama empat tahun.

Bandingkan kegagalan Umno selama 40 tahun, anda akan melihat kebenarannya,” tegas beliau.

Selain itu juga, beliau turut memaklumkan kepada orang ramai akan janji manifesto awal PAS Terengganu iaitu seperti akan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan yang layak.

Majlis yang berlangsung di Dewan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, pada Khamis lalu itu turut dihadiri oleh AJK MTD dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang.

Dalam Kepayahan Bantuan Tetap Diberi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan