Terengganu, Malaysia
Pendapat

Cuaca Panas Menarik Tetamu Tidak Diundang

Cuaca Panas Menarik Tetamu Tidak Diundang

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Suhu persekitaran makin panas mengakibatkan binatang berbisa seperti mula mencari tempat perlindungan. Akan tetapi kehidiran mereka mendatangkan bahaya kepada manusia.

Jika terpatuk oleh ular, langkah segera berikut perlu diambil:

1) Bertenang jangan panik.

2) Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit ular, dan jangan banyak gerak agar racun ular tidak menyebar.

3) Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang, kalung, dan sebaginya, sebelum terjadi pembengkakan. Ini kerana kemungkinan reaksi pertama badan akan menjadi bengkak (eodema).

4IMG_20160421_065908) Posisikan diri seboleh mungkin dan usahakan kawasan yang kena gigit/patuk berada lebih rendah dari jantung. Boleh diletakkan belat supaya anggota yang luka minima pergerakannya (Seperti rawatan patah tulang).

5) Bersihkan luka, tapi jangan siram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat traditional.

6) Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering.

7) Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan.

8) Jangan menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan ular.

9) Jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak patut.

10) Jangan minum kafein ataupun alkohol.

11) Jangan mencuba untuk menangkap ular itu, tetapi cubalah untuk mengingat warna dan bentuknya sehingga Anda dapat menggambarkannya sehingga akan membantu dalam perawatan nantinya.

Dr Suhazeli Abdullah ialah Ketua Kor Medik & Penyelamat Amal
Jabatan Amal Malaysia

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan