Chor Mendedahkan Kejahilan MCA

741
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Datuk-Chor-Chee-Heung-300x241.jpg

Naib Presiden MCA, Chor Chee Heung mendedahkan kejahilan dan kejengkelan parti rasis bangsa Cina itu apabila beliau mendakwa PAS telah merampas kebebasan dan hak-hak bukan Islam dalam pemerintahan yang dilaksanakan.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Barisan Nasional itu berkata, agenda ‘negara teokrasi’ adalah satu agenda yang disembunyikan oleh PAS, dan PAS menipu untuk meraih undi, ketika beliau mengulas huraian Presiden PAS berkenaan konsep Negara Berkebajikan.

Sedangkan hakikatnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membentang panjang lebar tentang persepsi dan realiti Negara Berkebajikan itu pada minggu lalu menegaskan bahawa pemimpin, ulamak dan ahli ugama tidak ada  kuasa mutlak dalam Islam, berdasarkan ucapan Syaidina Abu Bakar as-Siddiq, ketika beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan nabi Muhammad SAW.

“daripada amalan (Syaidina Abu Bakar) inilah mempengaruhi demokrasi moden Barat, di sini jugalah Islam berbeza dengan teokrasi. Teokrasi meletakkan pemimpin negara kepada tahap ‘Tuhan’ (dan) boleh berbuat apa sahaja,

“ini tak ada dalam Islam……pemimpin, ulamak dan ahli ugama tidak ada kuasa mutlak dalam Islam…..teokrasi bercanggah dengan Islam (dan) demokrasi itu adalah paling dekat dengan Islam,”ujarnya pada program Bicara Minda & Sesi Dialog Negara Berkebajikan anjuran Sinar Harian pada 8 April lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/AP%20Raja%20Retinam.jpgPemerintahan PAS yang diterajui oleh Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, selama lebih 20 tahun di negeri Kelantan jelas membuktikan dakwaan Chor adalah tidak benar sama sekali.

Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh bukan Islam dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.

Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.

Ia diakui oleh Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam [gambar kanan] bahawa kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.

Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

“Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, pada 25 Mei, 2011 sebagaimana yang telah dilaporkan Harakahdaily.