Cerita Tanah Airku Dari Kuala Kangsar…..

1058

Oleh : Zakaria Dagang

Dalam kawasan pilihan raya Parlimen Kuala Kangsar dan Dun Bukit Chandan, terdapat sebuah lokaliti iaitu Hulu Bekor yang merupakan perkampungan Orang Asal.

Jumlah penduduknya lebih kurang 1,000 orang dan pengundi berdaftar hampir 200 orang. Tidak ada seorang pun yang beragama Islam di penempatan itu. Rata-ratanya beragama Kristian, selain agama asal nenek moyang mereka.

IMG-20160609-WA0084Pada hari Ahad baru-baru ini, pihak PAS merancang untuk mengadakan gotong-royong membaiki gelanggang sepak takraw di kampung itu.

Sayangnya, program itu terpaksa dibatalkan kerana Umno telah mengadakan program lebih awal yang menyebabkan penduduk di situ mabuk seharian.

Itulah cara dan pendekatan yang dibuat oleh Umno yang menguasai kerajaan hari ini. Seolah-olah tidak ada usaha daripada mereka untuk mengislamkan Orang Asal itu, sehingga Kristian boleh masuk dan bertapak di kampung itu.

Mereka juga sanggup menyediakan minuman keras kepada penduduk di situ untuk menarik sokongan kepada parti mereka.

Inilah Malaysia, tanah airku……..