Campurtangan Perancis Di Mali Kerana Minyak dan Uranium

580
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/pejuang%20Islam%20Mali.jpg

Sebenarnya, sebuah syarikat tenaga Perancis, Areva, telah lama mengean kewujudan sumber minyak dan uranium di wilayah tersebut.

Memetik kenyataan pegawai Majlis Hubungan Luar Jerman, Katrin Sold, Perancis bimbang hasrat sekian lama untuk menguasai sumber tersebut akan terjejas sekiranya Mali dikuasai oleh para pejuang islam.

“Dalam jangka panjang, Perancis mempunyai kepentingan dalam mendapatkan sumber terutamanya minyak dan uranium, yang syarikat tenaga Perancis Areva telah mengekstrak selama beberapa dekad,”kata Sold.

Oleh itu Sold percaya, kepentingan keselamatan yang dimaksudkan Perancis adalah berkait dengan kepentingan tersebut.

Sementara itu, pejuang Mujahidin Mali, Ansar ad-Din [gambar] mendakwa, media Barat telah melaporkan secara palsu perjuangan dn kejayaan mereka di Mali.

Mereka mendakwa, disebalik serangan udara oleh angkatan udara Perancis, mereka telah berjaya menawan beberapa bandar termasuk koulikora di selatan Mali.

Pejabat akhbar Ansa ad-Din melaporkan mereka menentang penjajahan Perancis ke atas Mali dan berjaya mengusir tentera Perancis dari menguasai lapangan terbang bandaraya Sevare.

Mujahidin Mali juga mendakwa bandar Konna yang dibebaskan oleh mereka dari penjajahan Perancis minggu lalu masih mereka kuasai, bukan sepertimana laporan yang menyatakan sebaliknya.

Ansar ad-Din turt mendakwa, serangan udara Perancis telah mengakibatkan ramai kanak-kanak dan wanita serta orang awam terbunuh.