Calon PAS Besut Tepis Dakwaan Idris Jusoh

234

BESUT – Calon PAS Besut, Datuk Che Mohamad Zukifly Jusoh hari ini menyelar dakwaan mantan ahli parlimen Besut, Tan Sri idris Jusoh yang mendakwa beliau merupakan calon buangan daripada UMNO.

Beliau kita ditemui ketika melakukan aktiviti ziarah bersama peniaga di Stesen Bas Jertih menyifatkan kenyataan tersebut bersifat serangan peribadi yang tidak berasas.

“Isu yang dimainkan itu adalah bersifat peribadi. Saya sedikit kecewa dengan permainan isu tersebut. Sebenarnya saya tidak dibuang, namun saya berhijrah keluar daripada UMNO atas sebab tertentu.

“Terlampau banyak isu salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang berlaku kepada kepimpinan UMNO. Sebahagian mereka disabitkan kesalahan dan ada yang telah dijatuhkan hukuman. Maka saya mengambil keputusan berhijrah ke kumpulan yang lebih baik,” ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan penerimaan pengundi parlimen Besut, Zulkifly atau lebih mesra dengan panggilan ‘Abe Zul’ bersyukur penerimaan rakyat begitu memberangsangkan.

“Alhamdulillah dalam masa beberapa hari ni, kempen berjalan dengan lancar. Penerimaan rakyat begitu positif, tiada yang menentang membuatkan saya lebih bersemangat menyantuni.

“Saingan daripada kem (parti) lain tiada, hanya daripada UMNO jka ada pun, Tapi kita yakin PAS mampu menawan hati pengundi di Besut.

“Walau bagaimanapun, kita tidak akan mengambil mudah dan sentiasa bekerja keras sepanjang kempen ini berlangsung,” tambahnya.

Datuk Zulkifly mewakili PAS dalam PRU-15 dengan misi besar apabila berdepan tugas merampas parlimen P.033 Besut daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau bakal bersaing dengan Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad, Abd Rahman @ Abd Aziz Abbas (Pakatan Harapan) dan Datuk Wan Nazari Wan Jusoh (Gerakan Tanah Air).